Cincin kebal
Wanita ini seorang India muslim, dulu bawa bapa dia, peniaga cincin, macam-macam cincin dibeli dari pelbagai tempat dan kemudian dijual, namun ada beberapa bentuk cincin yang sengaja tidak dijual, disimpan dan ada yang dipakai. Ketika itu dia sakit seluruh badan, tak bermaya.
Satu ketika seorg lelaki (bomoh) datang ke kedainya, tengok cincin yang dipakainya, lalu ambil parang dan tetak kedua-dua belah lengannya, dia hairan tak lut, tak luka dan berdarah pun. Kemudian cincin itu diambilnya dan dijampi, lalu bomoh tu pergi. Sy syak bomoh tu dah pindahkan benda yang pernah diisi dalam cincin yang menyebabkn pemakainya kebal senjata. Sejak itulah dia mula sakit-sakit.
Masa datang dia bawa beberapa cincin yang disyakki berisi dan saya check satu persatu, sebahagian dikembalikn dan sebahagian saya pegang untuk diruqyah dan ada sebentuk dihadiahkan kepada saya. Saya tanya wanita tu keadaan ayahnya sekarang selepas diruqyah beberapa bulan lepas, dia kata alhamdulillah dah sihat benar, makan lalu dan tubuh kembali berisi.
Perempuan, kawan yang dia bawa semalam pulak dulu seorang tukang jahit yang paling laris di kawasannya, kini semua perniagaan dan bengkel jahitan terpaksa dilepaskan dan badan-badannya sakit sejak setahun lepas. Yang pelik pesakit ini tak boleh berdiri, kalau berdiri sakit makin teruk dan perut akan kembung, keras sertamerta. Banyak juga hospital dia pergi dan macam biasa doktor cakap tak apa2, balik rumah rehat. Kali ni pesakit yang bukan kerasukan diruqyah dlm keadaan berdiri, saya pun berdiri. Selesai saya minta dia duduk n alhamdulillah dia mula boleh duduk dan saya menasihatinya ikut beberapa prosedur untuk mendapatkn kesembuhan total…. saya yakin dia akan sembuh dengan izin Allah.
Cincin yang dihadiahi kepada saya yang berisi dan kebal itu saya pakai, beberapa tahun kemudian ia tiba-tiba hilang, pergi, merajuk rasanya sebab saya pernah kata, jika kamu makhluk baik diamlah di situ, jika tak pergilah ke mana-mana yang kamu suka, biarlah dia pergi, saya tahu dia kemana, satu hari mungkin ia kembali.. Sekadar mengimbau antara benda mustika mistik agar memberi pedoman kepada diri sendiri dan org lain juga.
Dr Abdy

