Majlis Eidulfitri GPMM 2024

SHAH ALAM, 27 APRIL: Sambutan Rumah Terbuka Eidulfitri Gabungan Perawat Muslim Malaysia telah berlangsung meriah apabila dihadiri 300 lebih tetamu.

Bertempat di Puteri Business Avenue, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, Shah Alam, di sini, majlis turut dihadiri Presiden Gabungan Perawat Muslim Malaysia, Dato’ Indera Ir. Dr. Hj Ahmad Sabirin Arshad.

Menurut presiden Gabungan Perawat Muslim Malaysia, sambutan rumah terbuka itu adalah program tahunan yang diadakan bagi meraikan pengamal-pengamal pengubatan Islam seluruh negara dan menjadi platform merapatkan ukhwah antara mereka.

“Pelbagai juadah hari ini adalah sumbangan daripada ahli-ahli (potluck) dan katering sumbangan dari Presiden GPMM sendiri.

“Alhamdulillah, setiap tahun sambutan memang menggalakkan dan ini juga antara usaha kita untuk merapatkan lagi hubungan antara mereka apabila dapat berkumpul bersama-sama,” katanya kepada editor portal gpmmcare.org .