Nak bagi nasihat tengok orang dulu
Adalah lumrah jika doktor memberi nasihat berbeza ke atas pesakit yang berbeza. Apabila doktor melarang seseorang mengambil garam, gula, tepung, makanan proses dan sebagainya tentu ada sebab yang kuat. Doktor merujuk kepada laporan pemeriksaan perubatan berkala. Juga atas nasihat pakar diet dan pemakanan.
Memang saranan tersebut betul namun bukan semua orang sesuai ikuti saranan tersebut sepanjang hayat. Doktor beri nasihat untuk pesakit tertentu dan bukan untuk semua orang. Setiap org memiliki keupayaan berbeza dalam konsumsi makanan dan mendapat manfaat berbeza. Doktor harus meneliti keperluan setiap orang yang berbeza, apa yang perlu diambil, yang perlu ditambah dan yang perlu dikurangi atau ditinggalkn terus dlm suatu jangka waktu yang wajar berdasarkan hasil penelitian perkembangan seseorang dari setiap sudut yang berbeza.
Adalah mudah untuk suruh orang tinggalkan itu tinggalkan ini sedangkan Allah menciptakan makanan untuk manusia meneruskan hidup. Yang penting pilih yang perlu dan bersederhana atas nasihat pakar diet dan pemakanan. Sekarang semua orang nak bercakap walaupun di luar kepakarannya. Sebab itu masalah pesakit sekarang mnjadi semakin bercelaru kerana mendapat nasihat yang berbeza-beza dari orang yang berbeza-beza.
Sekarang musim orang bercakap pasal kasturi kijang. Penceramah motivasi, ahli politik, artis pun bercakap bahkan dari hari ke hari senarai manfaat kasturi kijang semakin panjang, bertambah dari masa ke semasa. Jika harus jujur dan bertanggungjawab dalam soal ini.
Selain pengamal pengubatn, semua orang nak bercakap, dari youtuber, penceramah agama, ahli motivasi, selebriti tv dan radio, artis, mutawwif, doktor perubatan, peniaga, ahli politik pencen dan lain-lain semua nak promote produk.
Ramai doktor perubatan pencen turut berniaga dan promote produk makanan kesihatan dan herba perubatan yang suatu ketika dahulu dia jugalah yang sangat membenci produk-produk tersebut.
Semoga para pengamal terus meningkatkan daya pemahaman mengenai sesuatu produk yang mereka pasarkan, bukan sahaja mengenai keaslian produk, malah manfaat sebenar sesuatu produk. Adalah pelik juga sesuatu produk itu dikatakan memiliki seribu satu kebaikan dan mampu menyembuh segala macam penyakit. Nak dakwa pun, berasas lah dan berpada-pada lah. Sekian.
Dr Abdy
4.3.24

