Mengenali pengubatan yang meragukan
Masih ramai netizen yang masih terkeliru apabila berhadapan dengan perawat yang mendakwa menggunakan kaedah Islam namun dikesan terdapat hal-hal yang menurut mereka meragukan. Kita sepatutnya mengelak dari perkara yang meragukan kerana dibimbangi boleh merosakkan aqidah dan menyimpang dari syarak. Antara panduan ringkas yang perlu diperhatikan oleh netizen ialah;
- Latar belakang perawat termasuk perguruannya.
- Jampi atau ruqyah yang dilafazkan jelas dan boleh difahami..
- Kaedah dan teknik yang digunakan bukan ganjil atau pelik.
- Tidak menggunakan bahan yang haram atau kotor di sisi Islam atau boleh memudaratkan.
- Perawat sentiass berperawakan dengan akhlak yang baik menurut Islam.
- Tidak mengenakan syarat atau pantang larang yang meragukan.
- Perawat sentiasa menasihati pesakit agar berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt.
- Perawat perlu memberi penjelasan yang betul sekiranya timbul isu dan keraguan pesakit seperti menggunakan bahan yang tidak disebut dalam nas.
- Rujuklah pihak berkuasa agama atau pakar ruqyah sekiranya disyaki perawat melakukan perkara yang mengelirukan.
- Tidak menyebarkan sesuatu yang belum pasti mengenai kaedah dan teknik ysng digunskan oleh perawat kerana dibimbangi menimbulkan fitnah.
Tulisan ini berkaitan dengan rawatan Islam dan tidak berkaitan dengan perubatan etnik atau kaum atau mana-mana aliran perubatan komplementasi lain.
SEKIAN.
Mu’allij dan mudawi…
21.7.2020 jam 9.30 pm

