Adakah perawat dilarang sentuh pesakit?

Ada yang berhujah bahawa perawat lelaki tidak boleh sentuh pesakit wanita sebaliknya ramai yang tidak dapat menerima hujah tersebut. TGHD sendiri ada mnyentuh pesakit wanita tanpa berlapik cuma di atas lapisan baju atau pakaian pesakit dan saya tidak pernah melihat arwah memakai glove baik yang tebal mahupun yang nipis. Kadang-kadang arwah meruqyah sambil mengusap wajah pesakit tanpa bersapik bergantung pada apa jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau selalu memberi penjelasan terperinci berkaitan fiqh perubatan termasuk hukum menyentuh pesakit wanita.

Bagaimanapun sentuh secara berlapik, atau sentuh tanpa berlapik ada aturan dan batasannya. Perawat lelaki dilarang meletak tapak tangan pada daerah sensitif seorang pesakit wanita seperti atas payudara (kes kanser payudara) atau kat celah kelangkang walaupun bertujuan untuk buang susuk.

Hadith ada menyebut Nabi saw suruh letak tapak tangan kat tempat sakit sambil meruqyah. Lihat hadith berkaitan sunnah meletakkan tangan sewaktu meruqyah atau berdoa pada tempat sakit (Lihat Sahih Muslim dll). Jadi jika ada yang kata tidak boleh itu satu penyimpangan dari sunnah Rasulullah saw.

Kajian mendapati aura posit bacaan ruqyah cepat mengalir bila terdapat sentuhan begitu juga kesan gelombang positif untuk penyembuhan. Bahkan dalam banyak situasi, perawat dapat menduga kehadiran entiti jahat dalam jasad hanya dengan sentuhan pada poin-poin tertentu.

Antara teknik yang dilakukan dalam amalan pengubatan Islam ialah sapuan, usapan, ketukan dan pukulan kecil, picit atau pijat, tekanan dll. Bolehkan teknik-teknik tersebut dilakukan tanpa sebarang sentuhan?. Boleh, namu kurang berkesan atau tiada sebarang kesan, tidak jeliro.

Namun demikian perawat sejati tidak mudah tergoda dan tidak akan mengambil kesempatan ke atas pesakit wanita malah sentiasa mempastikan pesakit sentiasa menutup aurat dan tidak berpakaian mengghairahkan sepanjang sesi rawatan.

Jika ada perawat yang menggatal itu tandanya dia sudah dikuasai syaitan. Begitu juga jika perawat merasakan dirinya mudah tergoda dengan pesakit wanita biarpun pesakit tersebut sudah berusia lanjut, maka eloklah perawat tersebut diruqyah terlebih dahulu sebelum merawat orang. Atau jangan sesekali merawat pesakit wanita kecuali isterinya sahaja.

Kesimpulkan:

Menyentuh pesakit sewaktu meruqyah atau berdoa adalah satu sunnah Nabi saw, namun demikian ada batasannya agar tidak melampau-lampau sehingga dikuasai bisikan syaitan. Apapun terpulanglah pada diri dan pertahanan rohani perawat sendiri. Jika perawat itu mudah tergoda dengan wanita, serahkan saja kepada perawat lain. Jangan tebeng buat jika jiwa lemah.


Sekian
drAbdy 9.12.25