Ramai tak tahu pantang sebagai perawat Islam tak boleh cari pesakit

Amalan pengubatan alternatif sudah menjadi satu profesyen yang menguntungkan bagi sesetengah individu. Pengamal ada yang meletakkan harga siap-siap dan ada yang terserah pada keikhlasan pesakit. Ada juga yang beri no. akaun bank untuk transfer duit malah ada yang sediakan QR Code untuk membuat pembayaran. Perkembangan teknologi semasa tentu dimanfaatkan oleh semua orang dalam apa jua ‘profession’.

Ada juga yang turut menjual dan mempromosi pelbagai produk baik berkaitan ubatan mahupun bukan. Ini satu perkembangan menarik dan dalam masa yang sama mereka turut menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan lain. Semua ini menjadikan pengamal semakin sibuk terutama untuk memenuhi permintaan para pesakit. Selagi tidak menyalahi kehendak syarak dan undang-undany teruskan jika mampu.

Bagi yang beramal secara separuh masa mereka terpaksa membahagikan antara waktu kerja hakiki dengan urusan merawat. Ada juga yang menawarkan perkhidmatan rawatan bergerak atau ‘portable healer ‘ di mana perawat akan pergi ke mana sahaja yang diperlukan untuk memberi rawatan dan akan tiba ke destinasi dalam tempoh yang singkat.

Inilah antara warna warni kehidupan pengamal pengubatan sekarang. Kini kemajuan dunia siber dan digital telah dimanfaat oleh perawat baik yang junior mahupun yang sudah lama berkecimpung dalam profesyen rawatan. Persaingan semakin rancak dari hari ke hari. Ramai yang merawat menerusi tiktok, fb dll termasuk secara online, live atau panggilan video. Trend semasa juga mencetus idea kepada scammer untuk meneroka bidang baharu dalam memangsakan orang ramai. Kemunculan perawat scammer yang menawarkan pelbagai jenis rawatan penyakit. Iklan perkhidmatan mereka memenuhi semua platform media sosial.

Sungguh meriah namun terdapat persaingan kurang sihat dalam kalangan warga pengamal terutama yang bermatlamatkan material semata-mata. Bukan itu sahaja, angkara scammer menyebabkan reputasi perawat sebenar terjejas bahkan boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap amalan pengubatan Islam. GPMM boleh melakukan sesuatu untuk mengekang fenomena tersebut sebelum menjadi lebih parah. Orang ramai perlu diingatkan agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan rawatan Islam. Ini kerana ‘instant practitioner’ muncul bak cendawan inoki sekarang. Apa tidaknya, beribu-ribu ringgit mampu diraih dalam sehari jika pandai memanipulasi keadaan apatah lagi jika pesakit dijanjikan pulangan wang jika tidak sembuh.

Pesakit sepatutnya memburu perawat sejati, bukannya perawat palsu yang memburu pesakit. Dunia ini aneh kerana perawat itu sendiri aneh dan manusia sebenarnya adalah makhluk misteri. Sepatutnya yang diburu adalah bekalan akhirat untuk menuju ke negeri abadi. Semoga pengamal rawatan Islam termasuk dalam golongan yang mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan memperolehhi syafaatnya nanti. Marilah berselawat sesuai sabda Nabi SAW:
من صلى عليى صلاة صلى الله عليه بها عشرة.
Barangsiapa berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.

Sekian,
Dr Abdy 8.3.24