Aurat bukan mahram antara punca penyakit mistik
ISU yang patut difahami oleh perawat:
Sabda Rasulullah SAW (maksudnya): Sesiapa yang mendakwa seseorang yang bukan bapanya (sebagai bapanya) sedangkan dia tahu orang itu bukan bapanya maka syurga diharamkan untuknya (dari dimasuki). Sahih al-Bukhari.
Pesakit kerap kemukakan isu berkaitan status bapa susuan bersama saudara susuan setelah pengambilan anak angkat yang masih kecil dan isteri menyusuinya khasnya oleh isteri yang bukan hamil dan bukan melahirkan sebelum itu.
Kesan penyusuan biasa semua sudah maklum tentang status aurat dan hukum persentuhan kulit dengan ibu susuan, bapa susuan dan saudara-saudara susuan seperti juga saudara biologi mereka.
Bagaimanapun anak susuan tadi tidak boleh dibinkan dengan bapa susuan dan anak tadi juga tidak boleh mendakwa bapa susuan sebagai bapanya yang sebenar.
Persoalan timbul jika penyusuan berlaku hasil pengambilan hormon oleh isteri untuk membolehkannya mengeluarkan susu. Ulamak fiqh mengharuskan pengambilan hormon baik oleh wanita bersuami mahupun yang masih bujang dan menyusui ‘baby’. Orang lelaki nak payah beranganlah nk ambil hormon.
Jika penyusuan berlaku hasil pengambilan hormon maka berlaku hukum tertentu. Ibu susuan dengan anak susuan adalah mahram, status aurat dan persentuhan kulit seperti anak kandungnya. Namun tidak dengan suami sebab suami bukanlah bapa susuan dalam kes ini kerana suami tiada apa-apa sumbangan dlm pengeluaran susu. Begitu juga dengan anak-anak ibu susuannya, tetap seperti ajnabi, di segi aurat dan persentuhan kulit.
Hal tersebut jarang disedari dan difahami oleh masyarakat termasuk perawat. Terdapat perbezaan kesan antara penyusuan biasa dan penyusuan menerusi pengambilan hormon. Untuk detail bolelah rujuk jurnal berkaitan isu ini.
Ringkasnya, perawat kena beri info yang tepat jika diajukan persoalan ini oleh pesakit terutamanya kerana terdapat kesan tertentu halal dan haram dalam pergaulan seharian pesakit. Sekian.
Dr Abdy
5.3.2024