Gangguan reproduksi dan metode rawatanya?

ما علاج التعطيل عن الانجاب وكيفية الطريقة .وجزاكم الله خيرا

Dalam bahasa mudah reproduksi ialah proses menghasilkan keturunan atau zuriat. Ramai wanita berkahwin mengadu belum memperolehi zuriat walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan baik secara pengubatan moden mahupun secara tradisional, malah ada yang menjadi mangsa bomoh dan dukun yang mengambil kesempatan atas alasan berubat.

Perawat Islam juga tidak terkecuali didatangi oleh kaum wanita dan mereka boleh dikategorikan sebagai berikut:

  1. Gagal hamil sejak awal usia perkahwinan.
  2. ⁠Pernah hamil namun mengalami keguguran pada usia beberapa minggu kehamilan.
  3. ⁠Keguguran pada usia pra-matang kehamilan.
  4. ⁠Tidak pernah hamil walaupun kitaran haid adalah normal.
  5. ⁠Tidak pernah datang haid sejak selepas kahwin,
  6. ⁠Hamil seperti biasa namun kandungannya tiba-tiba hilang atau kempis ketika usia kehamilan matang iaitu 38-40 minggu,
  7. ⁠Pernah menjalani prosedur IVF atau IUI namun tetap gagal namun selepas itu tak dapat-dapat lagi.

Cuba dapatkan dulu keterangan pesakit berdasarkan laporan berkala pemeriksaan doktor dan jika terdapat tanda dan gejala kalau-kalau ada campur tangan gangguan misteri, maka rawatilah dia mengikut metode perawatan Islam. Saya cuba sentuh salah satu kaedah yang telah berjaya membantu ramai wanita berjaya hamil atau hamil lagi.

Antaranya;

  1. Amalkan minum air rebusan biji kurma ajwa dengan menggunakan periuk tanah,
  2. ⁠Amalkan minum air taugeh yang dicelur dalam tempuh 2-3 minit dalam air panas dan minum sesudah sejuk.
  3. ⁠Taugeh yang sudah dicelur boleh dimakan atau dibuat ulam.
  4. ⁠Semua yang di atas hendaklah diminum oleh kedua-dua pasangan suami isteri,

    Nota: Taugeh elok dibuat sendiri menggunakan kacang hijau, bukan kacang hitam seperti kebiasaan taugeh dibuat di Thailand. Seperti biasa ruqyah dulu pada bahan dan ketika menggunakannya. Minum dan makan setiap hari, insyaAllah yakinlah isteri akan hamil, antara doa yang perlu dibaca oleh suami ialah;

  5. رب هب لى من لدنك ذرية طيبة انك سميع الدعاء.
    Ali ‘Imran; 38.

  6. ⁠رب لا تذرنى فردا وانت خير الوارثين.
    al-Anbiya;89.

    Minta suami yang baca dan tiup tapak tangan lalu usap kat perut isteri. (Perawat jangan buat nanti kena terajang dengan suami). Sekian,
    Dr Abdy
    8.2.2024