Entiti halus boleh jadi punca tangan rasa kebas

Satu yang agak janggal dan mustahil ialah untuk membuktikan kewujudan jin dalam tubuh seperti membuktikan virus yang menyerang sistem badan. Pernahkah kita tiba-tiba alami lebam (atau tanpa lebam)dengan titik-titik yang pelbagai corak pada tubuh seperti gigitan gigi yang sehalus jarum sedangkan kita tidak terhantuk atau terlanggar meja mahupun objek keras yang lain? Peristiwa tiga hari lepas menjadikan minat saya lebih mendalam untuk mengkaji jin dalam sistem badan seperti yang disebut hadis berkaitan jin berlari dalam salur darah. Selama ini hadis berkaitan etiologi tidak dijelaskan dalam bahasa sains perubatan kerana mungkin anggapan kita apabila disebut hadis ia tiada kaitan dengan makmal dan penyelidikan, hanya boleh dibincang dalam ruang masjid sahaja. Tanggapan ini adalah satu yang salah bagi saya, dan di sini saya ingin kongsikan satu kes.

Kisah berlaku secara kebetulan ketika saya bersama Miss X dan keluarga dirumahnya bersembang selepas merawat kes jiran tetangganya, tiba-tiba ditangan Miss X rasa sakit dan ada kesan gigitan serta saraf di tangannya nampak timbul. Saya pun membacakan ayat ruqyah dan Miss X merasa kebas, maka saya diagnos ia ada kaitan dengan jin. Ketika dirawat dengan cara Terapi ANNUR, muncul satu benda putih kecil di hujung tapak tangan antara jari hantu dan jari manis. Rasa kebas dan kesan gigitan serta merta hilang, saraf pula kembali normal. Apa yang menarik, apa benda kecil putih yang keluar itu? Saya melihat guna cermin mata tidak nampak jelas dan kami letakkan jari tinggi untuk dilihat d bawah cahaya lampu, terus kami nampak makhluk yang sayapnya warna warni seperti pari-pari dalam filem Maleficient.
Tangan terus mencapai telefon, gambar diambil dan dibesarkan. Ketika ini teringat hadis menyebut salah satu bangsa jin adalah jenis yang terbang bersayap, dan terdapat hadis memberi kisah jin yang menyerupai ular. Saya kongsikan di bawah gambar yang diambil yang disaksikan seluruh ahli keluarga seramai 10 orang. Terdapat juga gambar yang lebih jelas diambil oleh ahli keluarga yang lain. Apa yang hendak disampaikan disini? Kes ini menjadikan saya bertambah yakin bahawa jin boleh masuk ke dalam sistem limfatik dan sistem saraf selain sistem darah dengan memberi kesan sakit dan penyakit. Benarlah apa yang disebut didalam hadis dan ia bukan setakat diyakini tapi perlu dikaji untuk menafaat mereka yang memerlukan.
Catatan:
Dr Azian GPMMcare.org