Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan terima kunjungan Gabungan Perawat Muslim Malaysia
PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Bahagian Penyelidikan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Hishamshah Bin Mohd Ibrahim menerima kunjungan kerja dari Gabungan Perawat Muslim Malaysia yang diwakili Dato Dr Ahmad Sabirin, Setiusaha gabungan, Dr Azian Ab Rahman, Penolong Setiausaha gabungan, Haji Muhammad Amar b. Mohd Amin, Exco gabungan dan Tabib Nornizam Ngadeni yang bersiaran dari Ipoh, Perak.
Turut hadir dalam mesyuarat yang berlangsung selama satu jam sebentar tadi adalah Dato Dr Goh Pik Pin , Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Dr Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian PT&K bersama dua lagi pegawai perubatan dari bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut bersiaran ialah Dr Ami Fazlin, Ketua Bahagian, Bahagian Penyelidikan Perubatan Herba, Institut Penyelidikan Perubatan.
Dr Azian Ab Rahman berkata, “Pertemuan tersebut telah membawa isu, cabaran, solusi dan sumbangan pengamal-pengamal Melayu yang tentunya beragama Islam dan telah mendapat maklumbalas yang positif berkaitan cadangan yang GPMM kemukakan. Salah satu objektif dalam GPMM juga adalah untuk menggalakkan penyelidikan klinikal di kalangan pengamal samada penyelidikan bukan-farmaseutikal mahupun penyelidikan farmaseutikal bagi modaliti yang ditawarkan samada keruhanian, jasad atau kimiawi. Kajian dengan mengambil model yang telah dilakukan di India dan German untuk diadaptasikan di Malaysia boleh membuka ruang yang luas untuk Malaysia bersaing dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari di peringkat dunia”, ketika ditanya sebentar tadi.