Etika yang salah
- Mempunyai hubungan romantik dengan pesakit
 - Tidak menerangkan dengan tepat penyakit yang dihadapi pesakit
 - Kesilapan dalam diagnosa.
 
Etika dalam perubatan
• Inspirasi dan panduan
• Pencegahan dan disiplin
• Memelihara maruah profesion
• Memelihara keharmonian
Kepentingan etika-etika dalam perubatan
- Dapat melahirkan pengamal yang berkualiti.
 
- Membantu pengamal kerja sosial perubatan secara perseorangan atau secara kumpulan bertindak secara beretika dalam mencapai matlamat profesion
 
- Menyediakan panduan dan standad bagi tingkahlaku dalam menjalankan perkhidmatan secara beretika
 
- Menyediakan asas bagi refleksi beretika dan membuat keputusan
 
- Panduan kepada pekerja sosial perubatan apabila menentukan apa bentuk permintaan yang munasabah atau mengikut undang-undang yang boleh mereka lakukan terhadap majikan, rakan-rakan dan persatuan.
 
- Bertindak sebagai asas bagi penyiasatan aduan-aduan mengenai tingkahlaku tidak beretika oleh pengamal kerja sosial perubatan.
 
- Menghormati pesakit dan hak-hak mereka
 - Memastikan ia memberi syafaat/ manfaat
 - Tidak mendatangkan kemudaratan
 - Memberikan keadilan kepada mereka
 
Kaedah pengabaikan etika
- Menimbulkan konflik antara pesakit dan pengamal
 
- Memberi imej yang buruk kepada institusi perubatan di negara ini
 
- Hubungan profesional disalahgunakan bagi mendapat keuntungan peribadi, kebendaan atau kewangan
 
- Menimbulkan sebarang bentuk hubungan fizikal yang boleh melanggar batasan profesional dan merosakkan hubungan profesional.
 
- Pekerja sosial perubatan akan terlibat dalam apa bentuk salahlaku seksual dengan mana-mana pihak yang signifikan dalam hubungan profesional sehingga boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab
 
Ayat al-Quran :
Surah Saad (ayat 29) yang bermaksud :
“Inilah kitab yang kami turunkan kepada engkau lagi diberkati, supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapati peringatan orang-orang berakal.”
Garis panduan
Masalah besar akan timbul jika terdapat individu yang tiada kena mengena dengan perubatan tetapi mendakwa beliau juga boleh berubat. Kononnya dapat ilmu dari ilham dan mimpi. Walaupun mungkin terdapat kesan penyembuhan akibat dari kaedah pengubatan yang diamalkan, tetapi pihak berwajib perlu menjalankan pemantauan supaya tiada unsur-unsur penipuan ataupun melampaui batas akal, adat serta syarak. Oleh yang demikian pihak berwajib telah wujudkan satu akta khusus Perubatan Tradisional & Komplimentari tahun 2016 (Akta 775). Akta ini bertujuan mengawal-selia pengamal perubatan komplimentari. Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PPTK) yang mendakwa mereka boleh mencegah, merawat dan mengurus penyakit manusia atau sakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu. Ianya termasuk amalan seperti:
(1) Perubatan tradisional Melayu, 
(2) Perubatan tradisional Cina, (3) Perubatan tradisional India, 
(4) Pengubatan Islam, 
(5) Homeopati, dan 
(6) Terapi komplementari, 
Akta ini seolah-olah menyamai akta Perubatan 1971 yang mengawal selia doktor bertauliah.
Akta Perubatan 1971 amat menitikberatkan amalan seseorang doktor bertauliah supaya tidak lari dari garis panduan yang disepakati bersama oleh para pakar. Garis panduan itu sudah pasti amalan yang paling menepati kajian-kajian berwasit dan terkini. Garis panduan bukan juga kitab suci, ianya boleh berubah dengan perubahan zaman dan teknologi. Jika terdapat bukti baharu yang lebih tinggi mutu pembuktian, maka garis panduan itu juga akan terubah oleh para pakar yang mengkaji dasar. Ianya juga perlu disesuaikan dengan suasana negara dan kemudahcapaian sesuatu kaedah berubat itu.
Justeru, mana-mana individu yang tidak belajar perubatan moden pun, atau setaraf dengannya, tapi menjalankan kaedah perubatan yang langsung beliau tidak belajar mengenainya dari pihak yang diiktiraf, dengan sendiri tertolak amalan mereka tanpa mendapat tauliah seperti yang diperuntukkan dalam akta perubatan 1971 atau akta 775 berkenaan.
Dua bentuk amalan perubatan di atas adalah jelas!
Jika ada perawat yang hanya belajar melalui YouTube atau Doktor Google, sama sekali mereka tidak boleh diiktiraf dan sijil yang mereka perolehi itu sama taraf dengan sijil-sijil beli dari universiti scam sijil.
Cuma masyarakat akan menjadi keliru apabila terdapat individu yang menggunakan kaedah merawat yang kononnya moden, tetapi tiada termaktub dalam amalan yang sah dari badan- adan berwajib. Mereka menggunakan kaedah berubat secara cuba jaya sendiri, malah tiada sandaran hujah kajian yang dilakukan, hanya ujikaji sendirian dan testimoni. Lebih malang lagi mengambil teori karut, membuat protokol sendiri dan membahayakan pesakit sehingga menyebabkan kematian. Beliau sebenarnya sudah tidak beretika dalam mengamalkan perawatan. Ya, ilmunya ada tetapi sudah lari dari amalan yang diiktiraf. Maka wajarlah dikenakan tindakan dan dinilai semula pemberian sijil amalan mereka.
Sudah pasti setiap negara yang ingin menjamin mutu perkhidmatan perawatan terhadap rakyatnya mempunyai klausa undang-undang berkaitan dengan itu. Tujuan akta dan undang-undang adalah bagi memantau salah laku, salah etika, salah amalan yang akhirnya memberikan kesan buruk kepada sistem perawatan pesakit.
Analogi pemberian tauliah untuk ajar fardu ain ini mungkin terpakai jika ilmu dan ajaran dibawa oleh mereka sudah terpesong dari ajaran sebenar.
rujukan: 
1) https://suhazeli.com/wp/?p=4470
2) https://prezi.com/n-t-bowfs1nh/etika-dalam-perubatan/
