Bidang amalan diiktiraf PT&K 2016

SENARAI BIDANG AMALAN DIIKTIRAF

BilBidang Amalan Diiktiraf
1Perubatan Tradisional Melayu
2Perubatan Tradisional Cina
3Perubatan Tradisional India
4Homeopati
5Kiropraktik
6Osteopati
7Amalan Pengubatan Islam

Dalam proses penguatkuasaan Akta PT&K 2016 secara berfasa yang sedang berlangsung, perintah-perintah berikut telah disiarkan di dalam Warta:

Perintah Perubatan Tradisional dan Komplementari (Bidang Amalan Diiktiraf) 2017 (Lampiran A) telah disiarkan dalam Warta pada 28 Julai 2017. Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2017.