Situasi tidak digalakkan bahkan harus dihindari semasa merawat.

Berdasarkan pengalaman, perawat selalu diingatkan ada beberapa situasi perawat tidak digalakkan merawat:

  1. Ketika perawat terlalu letih atau terlalu mengantuk dan tidak bermaya.
  2. ⁠ketika perawat terlalu kekeyangan sehingga kerap sendawa.
  3. ⁠ketika perawat kurang bersedia di segi mental dan fizikal.
  4. ⁠ketika perawat hilang fokus kerana bebanan hidup yg kronik spt dibelenggu hutang atau masalah peribadi.
  5. ⁠ketika perawat berurusan dgn pesakit yg kebetulan musuhnya.
  6. ⁠ketika perawat mengalami masalah emosi dan psikologi yg kronik.
  7. ⁠ketika perawat berhadapan dgn pesakit tertentu yg alami penyakit yg perawat tiada pengalaman dan tidak tahu kaedah rawatannya.
  8. ⁠ketika perawat masih ada gangguan sihir atau saka dalam dirinya yg belum dilepaskan.
  9. ⁠ketika perawat berhadapan dgn pesakit yg disuruh menemuinya tanpa kerelaan pesakit sendiri.
  10. ⁠ketika berurusan dgn pesakit yang dikenalpasti hanya berpura2 sakit.
  11. ⁠ketika perawat masih perokok tegar.
  12. ⁠ketika cuaca sangat ekstrem samada terlalu panas atau terlala sejuk.
  13. ⁠ketika pesakit memakai pakaian menjolok mata atau mengghairahkan.
  14. ⁠ketika pesakit gangguan wanita hadir tanpa ditemani mahram.
  15. ⁠ketika bilik rawatan tiba2 bergelap kerana ketiadaan bekalan elektrik atau masalah teknikal.
  16. ⁠dll

-drAbdy 15.11.25