Hijab terbuka
Ramai menyangka bila seseorang itu terbuka hijabnya dan boleh nampak dan mendengar perbualan jin maka sudah tentu dia ada gangguan, ada saka, terkena sihir, sebab indigo dan sebagainya.
Sebenarnya anggapan sebegitu tidaklah tepat kerana ramai manusia normal yang dibuka atau terbuka hijabnya dan ada juga setelah mengamalkan amalan tertentu seperti ayat2 buka tabir alam ghaib atau istiqamah dengan zikir tertentu. Malah ada yang tidak mengamalkan apa2 pun boleh terbuka hijabnya.
Hijab ini adakalanya terbuka pada masa2 tertentu dan ada yang terbuka sepanjang masa. Hijab ada tiga macam; hijab pandangan, hijab pendengaran dan hijab perasaan. Bab kasyyaf tidak disentuh dalam coretan ini. Begitu juga hijab yang terbuka kerana sihir, saka, gangguan atau jin pandai2, saja2 nak tunjuk rupa dia kat orang.
Bagaimana kita hendak tahu seseorang itu terbuka hijabnya walaupun dia tidak menceritakan hal itu kepada orang lain?. Seperkara lagi, adakah mesti hijab yang terbuka itu kena ditutup?. Ada orang yang terbuka hijabnya tidak selesa dengan situasi tersebut dan ada yang dapat menjalani kehidupan seperti orang normal tanpa sebarang rasa takut atau cemas.
Kita kena percaya bahawa pembukaan hijab itu berlaku atas izin Allah swt. Penceritaan lanjut pasal hijab bersambung pada kesempatan lain. Jika ada yang nak turut bercerita pasal hijab, berdasarkan pengalaman peribadi, ceritalah, tak ada orang nak murih, cuma jangan asyik nak kondem tulisan orang saja.
drAbdy
13.11.25

