Melihat Dan Menyembelih Jin Dalam Rawatan
Isu melihat jin dan menyembelih atau membunuh jin semasa rawatan adalah perkara yang dibincangkan oleh para ulama dari pelbagai sudut. Jawapannya tidak satu, bergantung kepada konteks dan bagaimana ianya berlaku.
1. Hukum Melihat Jin – Boleh ke Manusia Nampak Jin?
Pandangan Ulama Muktabar:
Menurut Imam al-Syahrastani dalam kitabnya al-Milal wa al-Nihal (jil. 2, hlm. 250), jin adalah makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali jika mereka menjelma dalam bentuk tertentu. Ini selari dengan firman Allah:
إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡ
“Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf: 27)
Maknanya: Secara asal, kita memang tak boleh nampak jin. Tapi kalau mereka menjelma jadi rupa manusia atau binatang, itu lain cerita. Ada juga orang yang Allah izinkan dia nampak.. seperti para nabi, wali atau orang tertentu yang diuji atau diuji dengan kelebihan tertentu.
Ulama kontemporari seperti Dr. Wahbah al-Zuhayli menyatakan dalam Tafsir al-Munir (jil. 8, hlm. 170) – “penglihatan jin oleh manusia hanya berlaku dalam keadaan luar biasa atau dalam bentuk jelmaan, bukan dalam bentuk asli mereka.”
2. Hukum Menyembelih / Membunuh Jin dalam Rawatan
Pandangan Ulama Terdahulu:
Menurut Syeikh Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa (jil. 19, hlm. 52-58), ada beberapa jenis jin.. ada yang Muslim, ada yang kafir. Kalau yang Muslim, kita tak boleh ganggu apalagi bunuh. Tapi kalau jin itu mengganggu manusia, menyakitkan dan tak mahu berundur selepas dinasihati dengan ayat-ayat al-Quran, maka harus hukumnya untuk “membunuhnya” dalam erti mengusir atau melumpuhkan kekuatannya.
“Jika jin itu zalim, menindas dan tidak mahu berundur setelah diberi peringatan, maka dibolehkan untuk dibunuh seperti mana kita membunuh manusia yang memerangi kita.”
Pandangan ini turut disokong oleh Syeikh Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitab Zad al-Ma’ad (jil. 4, hlm. 66-70), yang menjelaskan bahawa Nabi s.a.w sendiri menggunakan ruqyah syar’iyyah untuk menghalau jin, bukan dengan kekerasan melainkan bila perlu.
Pandangan Ulama Kontemporari:
Dr. Haron Din (dalam buku Rawatan Islam & Kaedah Perubatan al-Quran, PTS Millennia Sdn. Bhd., hlm. 101-110) menyatakan bahawa “membunuh jin” perlu difahami bukan secara literal. Dalam rawatan, kita guna ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk “memusnahkan kekuatan jin”, bukan bunuh dengan pedang atau senjata fizikal. Kalau jin mati akibat bacaan ruqyah, itu bukan bermaksud kita berdosa. Tapi niat kita bukan untuk bunuh – kita nak lindungi diri dan pesakit.
Beliau juga menyebut bahawa jin bukan haiwan yang kita boleh sembelih. Maka kalau ada perawat yang kata dia “sembelih jin”, itu mungkin kiasan untuk menunjukkan dia “hapuskan” jin tu.
3. Hukum Perbuatan Sembelih Jin
Kalau dalam rawatan ada perawat mengaku “aku dah sembelih jin ni”, kita kena hati-hati. Menurut fatwa dan pandangan ulama seperti Dr. Fath al-Rahman al-Bashir (rujuk Fiqh al-Ruqyah, hlm. 230), tidak ada kaedah dalam Islam yang mewajibkan atau menyarankan penyembelihan jin. Kalau seseorang sampai buat ritual atau gunakan jin lain untuk sembelih jin tersebut.. maka itu jatuh ke dalam khurafat atau syirik kecil atau besar, bergantung cara dan niatnya.
4. Kesimpulan Mudah
• Boleh ke kita nampak jin? Boleh, tapi bukan selalu. Biasanya bila mereka menjelma.
• Bunuh jin.. kalau dia jahat sangat, menyakitkan orang, tak mahu dengar ayat Quran.. ulama kata harus. Tapi dengan syarat: kita tak gunakan sihir atau jin lain untuk lawan. Gunakan ruqyah syar’iyyah.
• Kalau perawat kata “aku sembelih jin tu”... jangan terus percaya. Mungkin dia cuma guna istilah tu. Tapi kalau dia buat ritual pelik-pelik... hati-hati, boleh jadi khurafat.
• Dalam Islam, yang penting kita ikut syariat. Jangan lawan jin dengan cara yang haram. Cukup guna zikir, doa, ayat Quran. Itu yang Nabi ajar.
Rujukan Kitab:
1. Majmu’ al-Fatawa, Ibn Taimiyyah – Jilid 19, hlm. 52–58
2. Zad al-Ma’ad, Ibn Qayyim – Jilid 4, hlm. 66–70
3. Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhayli – Jilid 8, hlm. 170
4. Rawatan Islam & Kaedah Perubatan al-Quran, Dr. Haron Din – hlm. 101–110
5. al-Milal wa al-Nihal, al-Syahrastani – Jilid 2, hlm. 250
6. Fiqh al-Ruqyah wa al-Mu‘alajah al-Shar‘iyyah, Dr. Fath al-Rahman – hlm. 230
Wallahua’laam.
Penyusun :
Ust Asmad Al-Azhari
Alumni Al-Azhari
Ahli GPMM Berdaftar

