Isu viral dalam dunia pengubatan Islam mutakhir ini

Memang dalam rawatan Islam bahkan dalam rawatan PTK keseluruhannya terdapat banyak isu. Ada yang senang ditanggapi dan ada yang sukit difahami.

Ramai yang cuba memberi pencerahan namun semakin rumit pula dan semakin bercelaru kerana beberapa sebab. Pertama dia tidak menguasai betul-betul ilmu atau isu yang dibahasnya. Dia hanya memahami kulit bukan dengan isinya sekali.

Kedua dia begitu taksub dengan sesuatu isu yang dia sudahpun berpegang dengan pendapat tertentu ranpa sebarang kompromi.
Ketiga dia gagal meluaskan pandangan berkaitan pelbagai tafsiran dan tanggapan dari pelbagai sudut dan aliran pemikiran.

Sepanjang pengamatan saya sejak beberapa tahun lepas, ada beberapa isu yang tidak dicerakinkan dengan lumat sedangkan terdapat beberapa dimensi yang pelbagai. Antara issu tersebut ialah:

  1. Ilmu pengasih.

Sekali imbas ilmu tersebut dikarakan salah tanpa diberi pencerafan yang positif dan betul. Seolah-olah ia suatu ilmu yang tidak dapat dipisahkan dengan dukun yang menggunajan ilmu hitam dalam membina cinta terlarang, sedangkan ilmu pengasih boleh diluruskan dengan menggunakan cara yang direstui oleh syarak melalui amakan dan doa berdasarkan ayat al-Quran.

  1. Ilmu Kebal.

Ramai menganggap ilmu kebal ialah ilmu yang menggunakan bantuan jin sehingga seseorang pengamal itu kebal peluru dan jebal senjata. Kebal di sisi perawat Islam, ia boleh diperluaskan sebagai kebal dari serangan ilmu sihir, kebal dari panahan ain hasad, kebal dari perbuatan santau dan ilmu hitam dan sebagainya. Bahkan kebal dari scammer termasuk telefon yang discam. Ini bermakna kebal tidak semestinya mesti terlibat dengan kesyirikan dan bersekongkol dengan jin. Kebal boleh diperolehi dengan mengamalkan ayat pendinding dan berkubu.

  1. Ilmu Hipnotism.

Amalan hipnosis dilakukan oleh pengamal yang ahli dalam ilmu hipnosis. Jika dikatakan salah, di mana salahnya. Ilmu ini menggunakan seni penguasaan minda ke atas seseorang tanpa campurtangan jin. Dalam bidang kesihatan hipnosis digunakan untuk menukar minda seseorang dari merasa kesakitan yang amat sangat menjadikan dirinya seperti tidak merasai sebarang kesakitan bahkan semakin nyaman seolah-olah dia sudah mendapat kesembuhan sejati. Saya pernah mempelajari ilmu ini dari seorang masyer hipnotism di Surabata cuma tidak mempraktikkannya, sekadar ingin mengetahui. Salah atauv tidak bergantung pada tujuan ia digunakan.

  1. Isu tenaga dalam, pengeras, pemutus ubat dan rawatan jarak jauh.

Topik-topik tersebut sudahpun ditulis dalam Buletin GPMM dan tidaklah perlu saya mengulanginya di sini.

Kesimpulan

Isu-isu yang sering dibangkitkan tentang amalan dalam perubatan PTK ada yang wajar diberi pencerahan tetapi kadang-kadang ia menjadi semakin kusut malah hukuman sering diberi ialah salah, haram, sesat dan syirik. Apakah tugas pengamal rawatan Islam kerjanya cuma menyalahkan sesuatu yang dirasakan pelik tanpa meluruskan agar bukan sahaja perawat bahkan orang awam dapat memahaminya secara berhikmah. Memang seronok membidas dan mengondem amalan orang lain namun biarlah diiringi dengan penjelasan yang berdasarkan pertimbangan yang adil. Berilah hujah yang munasabah, jika salah tang mana salahnya.

Sekian
-DrAbdy, Palm Villa, Kota Samarahan 5.11.24