Fatwa, buang saka dan seru jin

Baru-baru ini heboh mengenai amalan membuang saka yang berlaku di sebuah negeri di Malaysia sehingga fatwa negeri dikeluarkan bahawa amalan tersebut adalah sesat. Saya tidak mahu mengulas secara berlebihan berhubung fatwa tersebut kerana saya belum membaca secara terperinci alasan keputusan tersebut dibuat.

Fatwa (Arab: فتوى, fatwā) ialah suatu pandangan sesuatu hukum Islam yang dikeluarkan oleh seorang mufti bertauliah.

[1] Ia bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berkenaan agama yang dikemukakan oleh mana-mana individu, kadi, hakim, perbadanan mahupun kerajaan. Soalan tersebut boleh bertanya tentang hukum, kemusykilan dan kepastian pada sesebuah masalah atau perkara.

[2] Jika pengaju soalan tidak berpuas hati dengan fatwa yang diberikan oleh satu mufti, beliau boleh minta fatwa daripada mufti yang lain.

Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang mufti biasanya digunakan dalam masyarakat setempat, namun kadangkala boleh diterima pakai oleh masyarakat-masyarakat lain, dan dapat berubah dari masa ke semasa malah dari satu mufti ke mufti lain.

Mufti mengetuai jabatan mufti yang dibantu oleh jawatankuasa fatwa negeri selain para pegawai penyelidik yang memiliki latar belakang keilmuan Islam yan baik dalam bidang ilmu2 Islam.

Namun demikian, tidak semua mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang mendalam dalam aspek pengubatan Islam. Maka sudah tentu jawatankuasa perlu turut dilantik dari kalangan yang memiliki latar belakang, kelayakan, kompetensi, pengetahuan dan pengalaman yang luas berkait isu yang dibincang. Pakar-pakar tersebut akan memberi pandangan dan nasihat yang tepat dan betul.

Memang lumrah bahawa sesuatu fatwa itu kadang-kadang tidak sama antara satu negeri dengan negeri lain bahkan tidak diterima atau dicabar oleh pihak tertentu atau sarjana Islam lain. Memang rakyat perlu hormati setiap keputusan fatwa nanun tidak semua orang boleh menerimanya. Contoh mudah fatwa pengharaman merokok dikeluarkan namun orang ramai tetap merokok kerana ramai juga orang agama seperti imam, guru agama dan lain-lain yang merokok.

Sesuatu fatwa itu menjadi panduan atau pedoman oleh penduduk Islam di sesebuah negeri dan boleh juga diikuti oleh penduduk negeri lain. Dalam sebuah neggara kecil, Malaysia mempunyai bilangan mufti yang teramai di dunia berbanding negara-negara Islam lain.

Perlu diketahui bahawa Fatwa tidak mempunyai kesan perundangan sehinggalah fatwa tersebut digazet atau wartakan. Jika tidak mana-mana orang yang tidak mematuhi atau sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan fatwa boleh disifatkan sebagai tidak mematuhi fatwa, maka dia tidak boleh diambil tindakan atau didakwa di mahkamah. Sekarang masih banyak fatwa yang dah lama dikeluarkan namun belum diwartakan. Contohnya Pahang adalah negeri pertama yang mengeluarkan fatwa pengharaman merokok sebelum diikuti oleh beberapa negeri lain, namun tiada perokok boleh didakwa atau dikenakan penalti semata-mata kerana merokok. Ada negeri yang tidak mengharamkan merokok. Sebab itu ada seorang mufti (mantan dan dah arwah) yang juga seorang perokok dan penghisap paip tegar. Saya tak nak sebut siapa, yang tahu tahulah, yang belum tahu tak payahlah tahu.

Fatwa yang dikeluarkan boleh tidak dipersejui, dicabar, boleh berubah-ubah bahkan boleh berbeza antara negeri hatta antara negara sekalipun.

Setiap fatwa hendaklah dibawa ke mesyuarat atau sidang Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk diluluskan dan mendapat perkenan sultan atau ketua agama negeri barulah menjadi Warta Kerajaan Negeri berkenaan kecuali warta negeri Wilayah Persekutuan hendaklah dibentang di parlimen untuk dilulus dan diwartakan.

Berhubung pewartaan amalan Tabib Adam sebagai sesat dan termasuk 29 ajaran sesat yang dikenalpasti di Melaka, kami mengucap tahniah dan syabas. Beberapa kekeliruan telah dikesan termasuk amalan menyeru makhluk halus. Kita juga mengharapkan Bahagian PTK KKM juga mengambil tindakan serupa di bawah Akta 775 tertakluk pada bentuk kesalahan tang dilakukan.

Tabib Adam dan amalannya boleh menjejaskan reputasi seluruh pengamal pengubatan Islam. Tindakan mewarta sahaja tidak cukup kerana yang paling penting ialah membawa seluruh ahli dan pengikutnya ke pangkal jalan. Gpmm juga saya percaya boleh membantu berdasarkan kredibiliti para exco.

Kesimpulan

Amalan pengubatan sering terpalit dengan elemen pelik dan meragukan dan tindakan pantas pihak berkuasa agama patut dipuji kerana ia boleh membendung amalan seperti itu dari menjadi semakin parah. Pakar2 pengubatan Islam perlu dibawa menganggotai jawatankuasa fatwa negeri untuk memberi pandangan dan nasihat tang betul bnerdasarkan penglibatan dan pengalaman mereka dalam bidang tersebut.

Dicadangkan agar usaha perlu dilakukan untuk menyeragamkan fatwa negeri-negeri berhubung satu2 isu yang serupa. Jika tidak masyarakat akan menjadi keliru dan bingung bagaimana boleh berlaku perbezaan.

Seperkara lagi, pihak jabatan mufti juga perlu terbuka dan mendengar komen dan cadangan dari pelbagai pihak untuk memantapkan lagi seduatu fatwa yang dikeluarkan. Jawhari pasti mengenal manilam. Untuk memahami apa itu seru jin boleh rujuk tulisan semalam.

Nasihat buat Tabib Adam; bermuhasabahlah dan perbetulkan mana2 tang salah dan buanglah yang keruh. Selepas ini dalamilah ilmu dan amalan perubatan Islam sebenar. Kemudian join sebagai ahli GPMM yang sah dan berdaftar. Sekian.

-DrAbdy
16.10.2024