Pernah dengar jin tidur sekatil?

Apabila jin datang tidur sekatil, jin apakah itu dan apa tujuannya. Kerap berlaku kes jin menumpang tidur ketika suami tidur sekatil dalam bilik. Sebenarnya jin makhluk seperti ayam, seolah-İlah tidak tidur, sebab itu muncul istilah tidur-tidur ayam. Lalu kenapa jin menumpang tidur sekali di celah pasangan terutama waktu malam dan kejadian siang hari jarang berlaku. Apa yg jin buat?. Sebelum itu jin jantan kah atau betina yang suka berbuat demikian?…

Bentuk rupa jin yg datang seperti gondrowo, besar, tinggi, hitam, berbulu dan bermata merah. Ada juga badan tanpa bulu tapi melekit macam ET, makhluk asing tu. Ada juga yang berpenampilan seperti manusia lelaki biasa baik yang dikenali mahupun yang tidak dikenali.

Antara perbuatan yang dilakukan ialah seperti mendengus di telinga dan leher, meraba-Rana, mencubit, menggaru, menarik-narik anggota badan, mencakar, menghisap darah sampai lebam, menjilat-jilat, membelai rambut, menyesakkan nafas, menarik dan menghumbankan ke tempat lain. Ada juga yang mencukur rambut sampai botak, mengangkat serta memusing katil lalu dihempap ke lantai dsb.

Yang paling sadis ialah memperkosa di depan suami dalam keadaan mamai tanpa disedari oleh suami. Ada kes seorang wanita belum berkahwin diperkosa oleh seorang perawat (bomoh tradisional) secara batin dan jarak jauh. Bomoh tadi akan hadir setiap malam ke rumah wanita tadi dan memperkosanya, sedangkan bomoh tadi hakikatnya berada di rumahnya sendiri. Ini berlaku dalam keadaan sedar, bukan bermimpi dan bomoh itu mengaku. Bagaimana hal ini berlaku iaitu ada dua entiti berbeza dari orang yang sama.

Kes lain satu keluarga besar berkumpul di rumah orang tua mereka dan tidur di bilik masing-masing. Besok pagi setelah sedar semua mereka didapati berada di ruang tamu tanpa berpakaian. Ada juga ketika sedang tidur dicampak ke ruang tamu tanpa belas kasihan. Yang humban ke bawah dari tingkat 4 pun ada. Ini berlaku ke atas budak perempuan berusia 8 tahun namun dia bernasib baik masih hidup walaupun tulangnya patah remuk sana sini.

Antara kes lain yang membingungkan ialah seorang isteri yang baru kematian suami. Setelah kematian suaminya setiap malam mendatanginya dari tengah malam hingga ke fajar. Ini bukan igauan atau ilusi tapi benar-benar seperti suaminya masih masih hidup, boleh sentuk, bercakap dan melakukan sesuatu spt kebiasaan suami isteri. Isteri tidak merasakan suaminya sudah meninggal, jadi yang datang itu siapa.

Jin juga adalah makhluk yang suka bermanja terutama dengan orang yang dikenalinya. Kebiasaan yang datang itu jin jantan namun ada juga kes jin betina juga terbabit sama.

Itu sebahagian kecil kes yang dihadapkan kepada para perawat. Pengalaman ini saya tulis sebagai mewakili pengalaman para perawat khasnya GPMM, dan sudah tentu bukan pengalaman saya seorang. Tujuannya agar kita sama2 mengambil iktibar. Bimbinglah para pesakit dengan doa, amalan dan amalan yang perlu dilazimi sebelum dan selepas bangun dari tidur. Keraplah juga minum dan mandi air daun bidara serta merengue seluruh pelusuk rumah dengan air ruqyah bercampur garam, sesuai dengan ajaran perguruan masing2.
Sekian.

Dr Abdy
8.8.2024