Keciciran sekolah dan kaitan alam mistik

Mulanya dituduh anaknya sering ponteng kelas, prestasi pembelajaran merosot dan banyak kejadian pelajar-pelajar ini makin hari semakin menjadi-jadi ponteng kelas, terutama selepas waktu rehat, bukan 1 atau 2 waktu, bahkan berjam-jam, setiap hari hilang dan ponteng kelas. Kini guru-guru perasan ada yang tak kena… Semalam guru-guru cari seluruh kawasan sekolah namun tak jumpa, selepas 4 jam hilang baru pihak sekolah beritahu akan ibubapanya perihal murid ini tidak ditemui.

Dalam situasi kalut begitu tiba-tiba murid tersebut muncul dalam keadaan terpinga-pinga. Sebelum ini orang yang sama pernah hilang sekitar setengah jam, 1 atau 2 jam sahaja namun semalam 4 jam. Lab atau ponteng dari kelas adalah kesalahan yang boleh dihukum oleh guru disiplin menurut pekeliling iktisas Jabatan Pendidikan Negeri-negeri. Hal ini bukanlah aneh namun bukan semua orang faham isu ini. Ke mana budak ni pergi… ada misteri sebaliknya. Eloklah tak dicerita di sini… cerita lain kali.

Iktibar ialah guru atau ibubapa tidak boleh menuduh sembarangan kekurangan secara tiba-tiba pada anak, soalan mudah pun tak boleh buat dalam peperiksaan misalnya, tanpa memahami bahawa ada entiti lain yang hidup bersama-sama kita, cuma dalam dimensi berlainan. Sebab itu guru-guru pendidikan Islam terutamanya perlu ambil inisiatif dan berikhtiar untuk atasinya. Namun bukan semua pengetua atau guru besar percaya semua ini, bahkan dikata mengarut semua itu.

Adalah elok jika ada inisiatif bersama GPMM dan Jabatan Pendidikan Negeri-negeri buat taklimat dengan penglibatan panitia pendidikan Islam di sekolah yang dikenalpasti menjadi sarang pemukiman makhluk tertentu. Bukan sekolah sahaja, bahkan asrama, sekolah tahfiz dan taman perumahan pun ada, mereka membiak sangat produktif, hamil dalam tempoh cuma 4 bulan atau kurang tapi 6-8 anak keluar sekaligus.

Dr Abdy
27.2.24