Antara jenis sihir paling sukar dikesan
السحر الهواءى او السحر المعلق Sihir tersebut antara sihir yang kesan buruknya berterusan dan berpanjangan dan ramai yang tidak perasan termasuk perawat sendiri.
Sihir apa itu? Ia dinamakan sihir udara atau sihir tergantung kerana buhul sihir digantung atau disangku di tempat tinggi yang sukar dijumpai orang. Ada yang digantung pada tiang-tiang berhampiran rumah, tangki air, menara kawalan, dahan atau ranting pokok tinggi depan rumah dan lain-lain.
Apa isi buhul sihir tersebut?. Ada yg berupa haiwan berbisa dan beracun seperti katak puru, pakaian dalam wanita terpakai dan belum dibasuh khasnya berwarna merah dan hitam, serbuk tulang abu mayat, minyak dari jasad mangsa mati dibunuh, bangkai ayam hitam yang sebelah badan bulunya dibakar dan sebagainya. Buhul yang digunakan bergantung pada tujuan apa sihir tersebut dilakukan.
Kenapa digantung di udara atau di tempat tinggi?. Ada 2 sebab; pertama agar sukar dikesan dan disedari. Kedua memerlukan tiupan angin yang boleh menerpa dan menyentuh kediaman mangsa.
Selama buhul sihir tergantung dan tiupan bayu ada, selagi itulah efek sihir akan sentiasa diperbaharui. Perawat juga tidak menyedari kerana pokok yg digunakan bukan spesis pokok berbuah atau daunnya digunakan orang untuk pelbagai manfaat. Pesanlah kepada pesakit anda jika terjumpa buhul sihir yg tergantung, segera hubungi perawat agar tindakan sewajarnya boleh diambil. Boleh sahaja hubungi mana-mana perawat GPMM bertauliah seperti Ustaz Azlan (Panglima syifa), Ustaz Zul, Ustaz Asmad, Haji Amar Amin, Ustaz Helmy Sinar Zamdurrani, Ustaz Tajul dan lain-lain perawat berpengalaman semuanya boleh. Sekian sahaja untuk kali ini.
Dr Abdy
12.2.24

