Ayat pengasih atau sihir?
Al-Quran merupakan penyembuh untuk penyakit rohani & jasmani sebagai mana Dalam Surah Al-Isra’ ayat 82.
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًۭا ٨٢
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Namun begitu, ada yang beramal dengan ayat Al-Quran dengan tujuan tertentu sebagai contoh ayat pengasih.
Orang yang mengamal kaedah ini akan membaca ayat tersebut beserta seruan nama orang yang dihajati berulang- ulang kali setiap hari.
Tujuan asal amalan ni agar orang yang diseru itu menyintai dan menyayangi dirinya dan tidak ada unsur khianat dan sebagainya.
Apabila berlarutan sekian lama, tanpa disedari ayat tersebut telah menjadi sihir kepada orang yang diseru serta menyebabkan orang tersebut jatuh sakit dengan izin Allah.
Hal ini terjadi kerana sesuatu yang dipuja mengundang Jin Dan syaitan walaupun ayat Yang dibaca adalah ayat Al-Quran.
Maka dengan sebab itu dinasihatkan agar bergurulah dengan guru yang murshid agar sesuatu amalan ITU tidak menjadi kesyirikan dan rujuklah kepada para asatizah sebelum membuat amalan.
فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.
Al- anbiya’ ayat 7
Ustaz Malek Mohammad (Ustaz Malek Tapah)
Tim Pengerusi GPMM
5.2.2024

