Mesyuarat Agung GPMM 2022 kali ke-1
SHAH ALAM, 19 OGOS (2023): Telah diadakan mesyuarat Agung GPMM 2022 sebentar tadi yang mana majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Ustaz Isa (Ahli Jawatankuasa LAJPI wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM) dengan peluncuran persidangan kali ke-1 ini oleh Pengerusi Gabungan Perawat Muslim Malaysia sendiri Yang Amat Berbahagia Dato’ Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad di Dewan Sirim Berhad Shah Alam sebentar tadi.
Mesyuarat Agung kali ini telah dihadiri lebih 26 orang ahli perwakilan berdaftar dari pelbagai perguruan dengan tema Berilmu . Beriman dan Berbakti. Semoga Jawatankuasa yang telah dibentuk untuk sesi pentadbiran 2023 – 2025 hari ini dapat menggalas dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan progresif dalam membawa panji-panji Pertubuhan, menongkah arus perjuangan Pengubatan Islam di Malaysia insyAllah.
Sekian.







