Rawatan santau keluar paku, kaca, rambut, dawai, miang, serangga dan lain-lain
Santau adalah sejenis perbuatan sihir yang dilakukan untuk tujuan mengkhianati, membalas dendam, melempias kemarahan, kedengkian, akibat konflik, memusnahkan perniagaan seseorang, meruntuhkan sesebuah keluarga dsb. Tidak seperti sihir biasa, kesan buruk santau akan menganbil masa yang lebih lama untuk mendapat kesan maksimum. Mangsa atau penderita akan menunjukkan tanda dan gejala hampir sama dengan mangsa ain hasad bahkan lebih kronik dan boleh membawa maut.
Kesan santau bergantung pads ramusn yang digunakan dan cara santau ditujukan kepada mangsa.
Bahan yang digunakan seperti bangkai serangga berbisa dan beracun yang dikeringkan terlebih dahulu iaitu lipas, lipan bara, kala jengking dan bahan berunsur miang seperti buluh, miang nibong, di samping beberapa jenis kaca, mentol lampu dan juga paku, dawai dll yang dihancurkan dan semua ramusn tadi dimantera terlebih dahulu dengan diperap dalam tanah selama minimum 40 hari mulai wajtu bulan mengambang pada tsngah malam sebelum proses seterusnya iaitu mengaktifkn atau menghidupkan santau. Santau yang sudah diaktifksn akan disimpan dalam bekas khas dan akan dimanterakan setiap kali bulan mengambang kerana ketika itu santau akan penuh.
Santau dilakukan dengan berbagai cara dan dinamakan mengikut cara penghantaran iaitu:
- Santau makan minum.
- Santau angin.
- Santau langkah
- Santau tuju.
Kesan boleh berlaku ke atas mangsa yang dituju dan juga sesiapa sahaja yang berkebetukan terkena bahan santau. Antara kesan selepas beberapa bulan berikutnya ialah mangsa akan mula batuk-batuk sampai boleh keluar darah, sesak nafas, rasa miang di sana sini, kulit panas berpijar, hilang selera makan, berat badan mulai susut, hubungan suami isteri, dengan ahli keluarga dan rakan sekerja akan berantakan, perniagaan mula bermasalah (paling terkesan ialah pengusaha kedai makan) dan banyak lagi. Kesan lebih teruk ialah organ dalaman mulai rosak dan kurang berfungsi seperti paru2, jantung, sistem perkumuhan, kesukaran memperolehi zuriat dll.
Banyak petua dan tips menghindar dari menjadi mangsa sihir iaitu mengamalkan doa pendinding diri dan keluarga seperti yang diajar oleh Nabi SAW dari para perawat. Antara lokasi popular berkenaan santau ialah kedai makan dan di majlis makan2 kerana di situlah santau yang sudah penuh akan dilepaskan oleh pembuat santau. Antara petua lain ialah jika memilih tempat duduk, jangan yg menghadap angin, sebaliknya yang membelakangi arah angin luar yang menerpa masuk.
Jika terdapat kesan2 terkena santau, cepat2 pergi berubat dengan perawat yang arif dan berpengalaman merawat mangsa santau agar terhindar dari tersalah diagnosis.
Antara kaedah merawat santau ialah menerusi ruqyah khusus dan penggunaan daun nangka bertemu urat sebagai bahan rawatan. Rawatan mengambil masa beberapa sesi, beberapa bulan bahkan bertahun2 bergantung pada keaktifan dan banyaknya santau dalam badan seseorang. Namun kena ingat, ramuan santau boleh kembali aktif jika pesakit tidak istiqamah sepanjang tempoh rawatan dalam mengamalkan doa yang disarankan oleh perawat. Maka jangan terkejut sekiranya sepanjang sesi rawatan, benda2 seperti disebut dalam tajuk coretan ini akan muncul dari permukaan kulit menerusi liang roma satu demi satu.
Antara pantang utama pesakit santau ialah pulut bersantan, limau, cuka, nenas dan rebung. Setelah disahkan sembuh sepenuhnya, bolehlah makan semua itu kecuali rebung. Rebung adalah pantang seumur hidup bagi pesakit santau.
Ada juga yang kata kaedah rawatan seperti itu mirip amalan sihir berdasarkan bahan2 yang keluar Jika kurang arif, tanyalah jauhari, nescaya kesalahfahaman akan terungkai.
Sekian, Abdy
23.1.2024