Biodata ringkas Shaykh Hussein ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Ashriy
Shaykh Hussein ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Ashriy lahir pada 25hb. Julai 1955 dan kini menetap di Jumhuriyyah Misri al-Arabiyah, Muhafazah al-Daqohliyya, al-Mansourah Nihayah Azbat al-Shal, Masjid Huda Rohman, Republic Arab Mesir.
Muhadhoroh al-Shaykh direkodkan Bersama para pelajar Mahasisiwi Azhar Malaysia, dimuatnaik di youtube kemudian mereka catit sebagai siri Muhadhoroh dan siri pengajian disampaikan oleh Shaykh Husein al-Ashriy.
Beliau merupakan Tenaga Pengajar Pertama Kuliyah Quran Azhar Mansourah dan Shaykhul Qurro’ (imam rujukan) di Masjid Huda Rohman atau lebih dikenali dengan nama Masjid Sheikh Husein.
Pengalaman:
1) Beliau dianugerah Syahadah Tajweed Quran dari Maahad Qiraat Mansourah pada tahun 1414H bersamaan 1994 Masihi.
2) Dianugerah Syahadah ‘Aliyah (Tinggi) Quran wal Qiraat dari Maahad Qiraat Mansourah pada tahun 1417H bersamaan 1997 Masihi. Dianugerah cemerlang Tempat Pertama (Terbaik) Peringkat Muhafazah. Pelajar Azhar Terbaik peringkat seluruh ibu negeri Daqohliya iaitu Muhafazah Mansoura* dan disempurnakan penyampaian ANUGERAH TOKOH PELAJAR TERBAIK daripada Ketua Pemimpin Mansoura (ketika itu), Gabenor Fakhruddin Kholid Abdouh pada Anugerah Tokoh Pelajar Peringkat Muhafazah sempena Perayaan Kebudayaan Tahunan ke-13 (1997).
3) Anugerah Syahadah Tertinggi Takhassus al-Quran al-Qiraat Maahad Qiraat Azhar Mansourah pada tahun 1421H bersamaan 2000 Masihi. Sekali lagi, Shaykh Husein telah mengharumkan nama Azhar dengan anugerah cemerlang Tempat Pertama (Terbaik) Peringkat Muhafazah. Pelajar Azhar Terbaik peringkat seluruh ibu negeri Daqohliya iaitu Muhafazah Mansoura* dan disempurnakan penyampaian ANUGERAH TOKOH PELAJAR TERBAIK daripada Ketua Pemimpin Mansoura (ketika itu), Gabenor Muhammad Mustafa al-Shanawiy pada Anugerah Tokoh Pelajar Peringkat Muhafazah sempena Perayaan Kebudayaan Tahunan ke-16 (2000).
4) Anugerah Darjah Ijazah Peringkat Tinggi bidang Quran Qiraat dan Ulumul Quran di Kuliyyah al-Quran al-Karim bagi ilmu Quran Qiraat dan ulumul Quran Universiti al-Azhar al-Syarif Tanta pada tahun 1425H bersamaan 2004 Masihi. Kealiman beliau diiktiraf dan beliau antara pelajar Kuliyah Quran Tanta yang Mumtaz Najah Sufi (lulusan cemerlang setiap tahun).
5) Ditawarkan oleh pihak Universiti Azhar (bidang Quran). Beliau telah mengajarkan Muhadoroh kepada para penuntut (banat dan syabab) Kuliyah Quran Takhassus Quran Qiraat terutama dari Malaysia, Singapura, Selatan Thailand, Indonesia, Uzbekistan dan serata pelusuk dunia Islam yang datang menuntut ilmu daripada Sheikh Husein. Peringkat pengajian pengkhususan bidang Takhassus Qiraat ketiga-tiga tahun pengajian serta para Mahasiswa di Kuliah-kuliah Azhar dengan semua peringkatnya, mampu diajarkan oleh Sheikh Husein al-Ashriy
6) Sheikh Husein al-Ashriy mengijazah ramai penuntut Ilmu yang datang dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan sebahagian negara lain dari seluruh pelusuk dunia.
7) Beliau Menghidupkan bulan Ramadhan dengan Mengimam Solat Terawih di Masjid beliau (Masjid Huda Rohman), pengajian kitab turath, kuliah-kuliah agama, muhadoroh pengajian Azhar, dakwah dan bimbingan ilmu.
8- Beliau banyak menyampaikan pengajian daurah (bedah kitab-kitab), terutama berkait Tajwid secara mendalam, ilmu Qiraat dan Lughah. Sheikh banyak menyumbang kepada Azhar khususnya dalam meringkas sebahagian kitab-kitab Turath dan beliau sendiri mengajarkannya (tersohor kalangan Azhari Kuliah Quran Qiraat dengan nama, Mukhtasor Sheikh Husin) kepada para Azhari dan selain Azhari. Antaranya, Toyyibah Nashr fi al-Qiraat al-Ashr li Imam Ibn Jazariy, Hirz al-Amaniy wa Wajh al-Tahaniy li Imam Shatibiy, al-Durroh al-Mudhiyyah fi al-Qurro’ al-Thalath li Imam Ibn Jazariy, pada kitab Mawrid al-Dzom’an fi Rasm Al-Quran bagi ilmu Rasm al-Quran, pada kitab wa fi Nadzimah al-Zahri fi Ilm al-Fawasil bagi ilmu Fawasil Quran, pada kitab Itqan fi ulum Quran li Imam al-Suyuti bagi ilmu Ulum Quran, pada kitab Qiraat al-Arba’ah al-Shawwaz bagi pengajian Qiraat Syazah, pada kitab Ilm Dhobt Al-Quran al-Mubin bagi ilmu Dhobtul Quran, pada kitab Tarikh Mushaf bagi pengajian sejarah Mushaf, pada kitab Tarajem al-Qurra’, pada kitab Qatr al-Nada wa Ball al-Soda, pada kitab Tuhfah al-Saniyah dan banyak lagi. Sheikh terkenal dengan mampu membedah kitab sesi daurah sehari dua, lengkap mengajar kitab dari kulit ke kulit dengan ringkasan hasil kealiman beliau. Maka hingga hari ini, Mukhtasor Sheikh Husin amat dikenal oleh seluruh Azhari di bidang Quran Qiraat.
Antara Guru-guru Sheikh Husein al-Ashriy:
1) Beliau bertalaqi Qiraat atas Fadhilatus Sheikh al-Haafiz (gelaran bagi penghafaz lebih 100,000 hadis sudut sanad dan matan) Mahmud al-Soni’ merupakan Sheikhul Qurra’ di Masjid al-Nashr Mansourahj. Dalam masa yang sama juga, Sheikh Husien bertalaqi dengan al-Sheikh al-Husaini ‘Askar
2) Sheikh Husien bertalaqi atas Sheikh Ibrahim Muhammad Ramadhan al-Banna, Sheikh Husien telah diijazahkan Qiraat Sab’ah Mutawatirah bersanad mutawatirah Tariq Shatibiyyah dan Riwayat Hafs an ‘Asim min Tariq Toyyibah.
3) Berguru dengan Sheikh Allamah Rifa’at ibn Bastawaisi ibn al Bastawaisi ibn Ismail, Sheikh Husien telah diijazahkan Qiraat Asharah Sughro min Tariqay al-Shatibiy wal Durroh.
4) Berguru dengan Sheikh Muhammad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn al-Sayyid, Sheikh Husien telah diijazahkan Qiraat Asharah Kubro Tariq Tayyibah al-Nashr dengan keseluruh Riwayat-riwayat dan turuqnya serta wajah-wajahnya yang mu’tabarah di sisi Ahli Atsar.
5) Berguru dengan Sheikh Abdou Kholiq al-Attar, perintis mengajar perubatan Islam (mualajah) insan pertama dan Ulama pelopor yang menyampai ilmu pengubatan Islam secara muhadoroh di bumi Mesir (Ketika itu) sebelum ianya tersebar ke serata pelusuk Jazirah Arab. Kuliah muhadoroh perubatan Islam yang dihadiri oleh ratusan Ulama dari seluruh pelusuk dunia Arab. Sheikh Husien adalah merupakan murid paling rapat dengannya.
6) Kemuncak pencapaiannya adalah Sheikh Husien menempuh perguruan dengan Ulama Besar Azhar Ketika itu, Sheikh Abdou al-Hakim ibn Abdou al-Latif, dan diangkat sebagai SHEIKH MUQRI’AH (Sheikh bagi para Muqri’ Azhari) setelah diuji dalam Imtihan Kabir.
Antara guru-guru Sheikh Husien al-Ashriy juga termasuklah:
1) Prof (di Mesir prof dipanggil sebagai al-Ustaz al-Doktor) Dr. Ahmed Isa al-Maasarawiy, Sheikh Umum al-Maqari’ Mesir, Profesor Kuliah Hadith dan Ulum Hadith di Kuliah Tarbiyah Universiti al Azhar, Kaherah.
2) Prof (al-Ustaz al-Doktor) Dr. Saamiy Abdou al-Fattah Hilal, Pengetua di Kuliah Quran lil Qiraat dan Ulum Quran, Universiti Azhar Tanta.
3) Prof (al-Ustaz al-Doktor) Dr. Sulamah, Penaung / Penasihat di Kuliah Quran lil Qiraat dan Ulum Quran, Universiti Azhar Tanta.
4) Prof (al-Ustaz al-Doktor) Dr. Abdou Karim Salah, Profesor bidang Tafsir dan Ulum Quran di Kuliah Quran lil Qiraat dan Ulum Quran, Universiti Azhar Tanta.
5) Prof (al-Ustaz al-Doktor) Dr. Abdou al-Fattah al-Barkawiy, Penaung / Penasihat di Kuliah Lughah al-Arabiyyah, Universiti al Azhar, Kaherah.
6) Prof (al-Ustaz al-Doktor) Dr. Muhammad Hasan Jabal, Pengetua di Kuliah Lughah al-Arabiyyah, Universiti al Azhar, Mansourah.
(Mansoura merupakan ibu negeri Daqahliya, Mesir).
Setinggi penghargaan buat Sang Guru الشيخ حسين العشرى sentiasa mencurah ilmunya dan doa dan restu meredhai jalan khidmatku merawat di tanahair tercinta Malaysia. Kepada sesiapa yang berhajat untuk bercakap secara langsung sila hubungi No. Telefon : +201000703739
Disediakan oleh:
Khalifah Sanad Mualajah Sheikh Husien al-Asriy,
Shaykh Fakhrunnur Mohamad.
Pusat Rawatan Syifa Al Bashiroh
Kuala Ketil, Kedah Darul Aman

