Menangani asma dalam kalangan kanak-kanak

Asma merupakan masalah yang melibatkan sistem pernafasan terutamanya pada organ dalaman paru-paru kerana beberapa sebab, antaranya kerana jangkitan kuman dan kemungkinan juga kerana faktor genetik (keturunan). Selain ubatan sintetik yang boleh diperolehi di klinik atau farmasi, penghidap asma juga boleh mengamalkan petua atau kaedah dengan menggunakan bahan alami di samping doa-doa (ruqyah) tertentu. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah seperti berikut:

  1. Buah betik sebesar lengan diambil susu  atau getahnya sahaja kira-kira setitik.
  2. Madu lebah sesudu.

Kedua-dua bahan tadi dicampur dan diberi minum/makan kepada kanak-kanak yang mengidap asma dua kali sehari. Antara doa atau ruqyah yang perlu dibaca ialah seperti berikut:

  1. Surah al-Fatihah
  2. Ayat Kursi
  3. Selawat syifa’
  4. Surah Fussilat ayat 44.

Ayat-ayat tadi hendaklah dibaca dengan penuh yakin dan dihembus pada bahan tadi sebelum diberi minum kepada kanak-kanak.

Selain itu ada kaedah kedua yang juga amat mujarab sebagai pilihan iaitu menyediakan sup dengan menggunakan ramuan berikut;

  1. Burung pipit (ciak) rumah disembelih dan dipotong empat.
  2. Bunga cengkih sebanyak 14 kuntum.
  3. Kayu manis 4 ketul.
  4. Rempah sup 1 sudu besar.
  5. Serai 2 batang.

Sebelum diberi minum, hendaklah membaca beberapa beberapa ayat berikut:

  1. Surah al-Fatihah.
  2. Ayat kursi.
  3. Surah al-Taubah ayat 15.
  4. Selawat syifa’.

Penghidap asma digalakkan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan dimulai dengan membaca ruqyah seperti di atas.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua terutama jika terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah asma kronik dan tidak memperolehi kesembuhan setelah mengambil ubatan sintetik dalam tempoh yang panjang. Ingatlah bahawa Allah swt sahaja yang berkuasa memberi kesembuhan dengan syarat kita berikhtiar memohon kepadaNya.

Ditulis oleh Haji Amar Amin
Disunting oleh Dr Abdullah Yusof
7 Mei 2021.