Nasihat / petua kepada para perawat
Muqaddimah
Siri kali ini akan menyentuh beberapa petua atau nasihat sebagai pedoman kepada semua perawat yang beramal dengan kaedah ruqyah, khususnya sewaktu berhadapan dengan pesakit gangguan. Antaranya adalah seperti berikut:
نصائح للرقاة
لاترقي الا وانت متوضئ
لاترقي وانت مريض او مرهق
لاترقي في وجود اكثر من شخصين مع المصاب
لاترقي اكثر من حالتين معا
لاترقي الا بعد التهيئة النفسية للمصاب
لاترقي فتاة الا اذا التزمت بالحجاب اثناء الجلسة ولو كانت فتاة صغيرة
لاتشترط على نفسك شفاء الحالة
لاتجهد نفسك بالقراءة بصوت عالي
استمع للمصاب جيدا واستمع من اهله واجمع تشخيصا مبدأيا قبل الجلسة
لاتهتم لتهديد الجان ساقتلها ساخذها الا اذا شعرت بضرر على المصاب كالاختناق او توقف النبض
كرر الايات فالتكرار له اثر بالغ في العلاج
اقرا بنية الشفاء ولا تقرا بنية التحضير
لاتكلم الجان لاول مرة من حضوره اتركه يلهث حتى يتعب ثم تحدث معه بالامر لا بالسؤال او بالطلب
لاتضرب المصاب لمجرد ان الجن قد حضر استمر في قرائتك
لاتصدق الجن وانه لايتاثر حتى لو قرا معك القران استمر ولا تيأس وبعد وقت قصير سيظهر تأثره
1. Jangan merawat kecuali anda dalamkeadaan berwudu
2. Jangan merawat semasa anda dalam keadaan sakit atau keletihan.
3. Jangan merawat dengan kehadiran lebih daripada 2 orang atau ramai orang yang sakit.
4. Jangan merawat melebihi 2 kes dalam satu masa.
5. Jangan merawat pesakit sehingga pesakit bersedia darisudut psikologi.
6. Jangan merawat pesakit perempuan kecuali dia menutupaurat semasa sesi rawatan, walaupun dia seorang gadis.
7. Jangan mendakwa diri anda yang menyembuhkankan / sebagai penyembuh.
8. Jangan memaksa diri anda dengan bacaan yang kuat.
9. Dapatkan maklumat /diagnosis awal mengenai penyakitdaripada penceritaan pesakit dan keluarganya sebelummerawat.
10. Jangan hiraukan ancaman / ugutan daripada Jin: Akuakan bunuhnya,Aku akan mengambilnya kecuali ada tandatanda kesakitan yang teruk di tempat yang sakit seperti sesak nafas atau denyutan nadi terhenti.
11. Mengulangi ayat-ayat, kerana mengulangi ayat itumempunyai kesan yang besar terhadap rawatan.
12. Baca dengan niat untuk merawat dan jangan baca denganniat sekadar baca semata-mata.
13. Jangan bercakap dengan Jin pada peringkat awal semasakehadirannya, biarkan dia meracauracau sehingga diakepenatan, kemudian berkomunikasi dengannya tanpameminta atau melayan permintaan.
14. Jangan memukul pesakit hanya kerana Jin telah hadir danteruskan bacaan anda.
15. Jangan mempercayai Jin dan sesungguhnya dia tidak akanterpengaruh walaupun dia membaca AlQuran bersama anda. Teruskan bacaan dan jangan putus asa, kerana di akhir dia akan tetap memberi kesan. (terhadap bacaan anda).
Penutup
Semoga pedoman di atas akan memberi panduan kepada para peruqyah agar lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan helah dan tipudaya jin syaitan yang licik. Sesungguhnya tipudaya syaitan sebenarnya lemah.
Terima kasih
Dr Toorid al-Jin
2 Mei 2021 / 20 Ramadhan 1442H

