Benarkah bunyi guli dan tarik perabot itu angkara jin?

PENGENALAN

Pengalaman netizen dan perawat berkenaan gangguan dalam rumah sudah dibicarakan di mana-mana. Bukan sekadar bunyi, bahkan perubahan atau pergerakan secara fizikal, zahir dan terang-terangan berkaitan orang atau barangan yang terdapat dalam rumah tidaklah asing lagi. Bagi orang yang bersandarkan logik akal dan rasional sains semata-mata sudah tentu menganggap semua itu sebagai kamut marut walaupun mereka mengalaminya sendiri. Begitu juga ramai yang percaya tentang kewujudan makhluk-makhluk halus, namun mereka tidak percaya kejadian sedemikian ada sangkut paut dengan angkara makhluk halus. Selain logik akal, mereka cuba membawa teori sains fizik bahawa hal sedemikian tidak mungkin berlaku kecuali atas sebab-sebab teknikal atau mekanikal.

APA ITU GANGGUAN RUMAH DAN JENIS-JENISNYA

Gangguan rumah merupakan kejadian atau peristiwa yang berlaku secara misteri yang tidak diketahui puncanya yang sebenar. Ianya berlaku di dalam rumah atau di luarnya baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam. Antara bentuk gangguan yang terjadi berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes-kes seperti itu ialah:

A) Gangguan Bunyi.

Gangguan ini melibatkan bunyi-bunyi pelik seperti bunyi guli melantun di lantai, bunyi perabot ditarik-tarik, bunyi percikan air atau siraman air di bilik air, bunyi mesin basuh, bunyi mesin fotostat, bunyi mesin jahit, bunyi orang berdengkur atau mendengus, bunyi kanak-kanak bermain atau berlari, bunyi orang memasak, bunyi orang mencangkul tanah atau berkebun, bunyi orang menyapu sampah dan berbagai bunyi yang tidak mampu disenaraikan kesemuanya di sini.

B ) Gangguan perubahan atau pergerakan secara fizikal.

Gangguan ini melibatkan terjadi perubahan kedudukan atau posisi sesuatu benda atau peralatan dalam rumah. Contoh yang sering terjadi ialah kedudukan susunatur perabot tiba-tiba berubah dari kedudukan asal, kedudukan katil dan almari dalam bilik

C) Gangguan fizikal dan misteri dalam rumah.

Ini seperti tiba-tiba air turun mencurah-curah dari bahagian siling atau dinding rumah, tanah yang menimpa-nimpa jatuh ke ruang tama, api yang menyambar rumah bahkan membakar di sana-sini. Paip air terbuka dan tertutup sendiri. Ada kes meter air berjalan sedangkan semua paip ditutup dan bila semua paip dibuka, meter air pula berhenti. Cakaran di dinding rumah, siling, lantai bahkan disertai cairan tertentu dengan bau dan warna tertentu. Terdapat kes rumah yang dihujani senjata tajam seperti panah atau lembing dan serlaku secara tiba-tiba.

D) Gangguan pada diri penghuni.

Ada kes duit dalam dompet tiba-tiba hilang, bukan seorang bahkan beberapa penghuni hilang duit serentak. Itu belum termasuk tidak ditemui kunci kenderaan, kunci rumah, barangan kemas dll yang berlaku secara tiba-tiba dan akhirnya ditemui berselerak merata-rata dalam rumah. Tiba-tiba ketika bangun tidur didapati kepalanya botak atau tanpa berpakaian, atau terdampar di ruang tamu atau di luar rumah atau berada di atas loteng. Ada yang ketika sedang tidur tiba-tiba bangun dalam kedaan tanpa sedar menuju ke dapur, ruang tamu bahkan ada yang keluar rumah berjalan merayau-rayau tanpa tujuan dan kemudiannya kembali ke rumah dan sambung tidur.

E) Gangguan peralatan elektrik dan elektronik.

TV terbuka dan tertutup sendiri, termasuk menukar-nukar channel. Pemain audio terbuka sendiri. Aircon terbuka sendiri. Kereta tiba-tiba enjinnya hidup sendiri. Komputer dan telefon terbuka dan berfungsi sendiri seperti surfing internet , browsing atau menjawab wasap sedangkan ketika itu penghuni rumah atau pemiliknya sedang tidur.

KESIMPULAN

Itu sebahagian dari ratusan bahkan ribuan kes atau insiden sebenar yang pernah berlaku dan dialami oleh netizen. Tujuan pencerahan ringkas ini untuk menunjukkan bahawa bukan semua kejadian aneh dan misteri itu perlu dibuktikan secara saintifik. Bagi sesetengah mereka, tanpa pengesahan sains maka ianya dianggap sebagai dongeng dan karut marut. Ketahuilah bahawa kejadian-kejadian seumpama itu juga berlaku di Barat dan negara-negara maju yang penduduknya dianggap lebih bertamadun. Saya percaya hanya segelintir tidak mempercayainya berana kejahilannya tentang kewujudan makhluk ghaib yang Allah swt ciptakan.

Dalam al-Quran dan al-Hadith terdapat lebih 17 dalil di beberapa tempat yang menunjukkan makhluk ghaib boleh mengganggu kehidupan manusia dengan berbagai cara dan menimbulkan bermacam kesan. Sebagai muslim kita wajib mempercayainya dan sekiranya ada yang menafikannya akibat kejahilannya sendiri, maka hanya gelengan kepala yang mampu dibuat. Namun, dalam masa yang sama kita mengharapkan agar mereka merujuklah terlebih dahulu dalil-dalil naqli dan penjelasan ulamak mengenainya sebelum menulis tentang hal ini, bukan hanya berpaksikan pada aqal pendek mereka.
SEKIAN.

Mu`allij dan Mudawi,
18.7.2020 jam 12.40 pm