Menutup hijab
Hijab terbuka ialah kemampuan seseoran melihat, mendengar dan merasai entiti ghaib yang muncul berhadapan, berdekatan atau bersebelahannya dengan izin Allah.
Hijab tertutup pula ialah ikhtiar agar orang lain termasuk makhluk halus yang berada di sekitar, berhadapan atau berdekatan dengannya tertutup hijab mereka dari melihat keberadaannya di situ.
Sebagai contoh seorang sedang berhadapan dengan musuh dalam satu pertarungan namun musuh tidak dapat melihatnya.
Contoh lain seorang perawat tidak dapat dilihat oleh makhluk halus semasa perawat tadi sedang merawat atau berada di suatu lokasi yang terdapat makhluk halus di situ.
Hal sedemikian bukanlah ma’unah atau karamah atau sihir atau atau istidraj atau terkait dengan segala macam خوارق العادة . Ia suatu amalan sebahagian orang2 dahulu termasuk ulamak silam yang tekun menguasai ilmu menutup hijab. Sudah tentu akan ada perawat yang suka kondem dan kritik mendakwa itu semua belitan iblis atau tipudaya serta campurtangan syaitan.
Apakah amalan dan bacaan yang dilakukan?. Amalan untuk menghijab atau mendindingi agar orang lain (mereka) tidak sedar, tidak mendengar dan tidak melihat anda yang melalui atau berada di hadapan mereka, ada beberapa versi. Amalan tersebut berupa doa dan bacaan yang dipetik dari ayat-ayat al-Quran yang perlu dibaca secara istiqamah dan yakin kepada Allah, penguasa seluruh alam. Jika ingin beramal anda perlu diijazahkan terlebih dahulu kerana ada pantang larangnya. Seseorang guru itu pula tidak akan menabur amalan tersebut kepada semua orang kecuali yang diyakini dapat menjaga amanah dan etika sahaja.
drAbdy 15.11.25

