Menyingkap makna mistisme

Mistisisme merupakan suatu kepercayaan atau kefahaman yang berfokus pada pengalaman secara langsung dengan Tuhan atau realitinya Allah swt, lazimnya melalui jalan spiritual seperti meditasi, zikir, atau kontemplasi. Hal ini melibatkan kemampuan untuk mencapai penyatuan atau pengetahuan yang tidak dapat diperoleh melalui akal biasa atau ungkapan bahasa semata2, seringkali diiringi dengan penekanan pada penyucian batin.

Dalam Islam, mistisisme dikenal sebagai tasawuf atau sufisme.

Fokus mistisisme ialah pada pengalaman spiritual: Mistisisme adalah tentang pencarian pengalaman langsung dan mendalam mengenai hal-hal gaib, spiritual, atau ketuhanan.

Terdapat pelbagai bentuk amalan spiritual: Penganutnya menggunakan berbagai cara untuk mencapai tujuan ini, seperti meditasi, zikir, atau laku spiritual lainnya.

Melalui Pengetahuan transenden didapati tujuan utama adalah untuk memperolehi pengetahuan atau pengalaman yang tidak dapat dijangkau oleh akal dan bahasa biasa, melainkan melalui intuisi dan pengalaman batin.

Amalan Penyucian diri: Dalam konteks spiritual, mistisisme sering kali melibatkan upaya untuk menyucikan diri dari sifat-sifat negatif dan menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Contoh dalam amalan beragama: Dalam Islam, mistisisme disebut tasawuf atau sufisme, yang bertujuan untuk mencapai tingkat ihsan (beribadah seolah-olah melihat Tuhan). Dalam agama lain seperti Yahudi, dikenal konsep-konsep seperti Kabbalah.

Mistisisme ialah aktiviti untuk mendapat ilmu atau kekuatan tertentu, melalui cara yang ghaib seperti bermeditasi, bertapa, berkhalwat dan lain-lain lagi. Amalan ini adalah dengan anggapan bahawa terdapat ilmu pengetahuan yang tidak boleh didapati melalui bahasa, sebaliknya harus melalui aktiviti-aktiviti mistisme ini.

Aktiviti mistisisme yang dapat dikesan dalam masyarakat Melayu ialah seperti bertapa dan berkhalwat atau bersuluk. Pertapaan ialah aktiviti menyinsihkan diri di tempat yang damai dan sunyi, biasanya tanpa makan dan minum. Ketika si pertapa menjalani pertapaan, ia akan menghadapi ujian-ujian daripada kuasa ghaib yang bertujuan menguji kesungguhan dan kekuatan jiwanya. Sekira si pertapa dapat mengatasi dugaan ini, maka jiwanya akan memperolehi kekuatan.

Gambaran mengenai aktiviti pertapaan boleh dijumpai dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah ,dikatakan bahawa seorang pendekar Jawa Sang Wirana telah bertapa dalam bumi tujuh tahun tanpa makan dan minum, tanpa tidur dan berbagai lagi.

Berkhalwat dalam kamus dewan bermaksud “mengasingkan diri di tempat yang sunyi kerana bertakafur, beribadat, dan lain-lain”. Tetapi di juga harus dingatkan bahawa berkhalwat juga mempunyai maksud yang lain iaitu “Dua orang lelaki dan perempuan berada di tempat yang sunyi untuk tujuan yang jahat”
Dengan mengambil contoh dari Hikayat Hang Tua, Hang Tuah telah menjadikan lokasi berkhalwat di Bukit Jugra. Di sana, dikatakan Hang Tua “mengerjakan amar Allah siang malam, terlalu keras, tiadalah laksamana(Hang Tua) ingatkan pekerjaan dunia, melainkan syuhudnya pada Allah Taala semata-mata.”(1995:585).

Daripada gambaran ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa berkhalwat seakan “pertapaan dalam konteks keislaman”.

Bagaimana pula terdapat kuasa mistik pada senjata?.
Kuasa mistik atau kesaktian merujuk kepada sesuatu kuasa yang dianggap dapat memberikan kelebihan kepada seseorang atau alat senjata.

Senjata Melayu yang sering dipercayai mempunyai kesaktiannya tersendiri, antaranya adalah keris dikatakan terdiri dari dua kategori iaitu:-

Tuah keris
Khadam Keris

Tuah Keris ialah kuasa mistik hasil dari amalan doa dan mantera empu (pembuat) keris yang dikatakan ‘terperangkap’ dalam lipatan-lipatan besi keris dan besi pamor keris semasa proses pembikinan keris. Keris sebegini dikatakan tidak memerlukan sesaji seperti asap kemenyan, bunga dan sebagainya.

Khadam keris pula ialah kuasa mistik keris yang terhasil dari bacaan mantera samaada semasa proses penghasilan ataupun selepas proses pembikinan yang mana khadam atau jin (saka) dimasukkkan ke dalam keris tersebut.

Keris sebegini dikatakan memerlukan sesaji yang pelbagai macam. Perbuatan ini adalah haram di sisi agama Islam yang merupakan agama orang Melayu.
Akan tetapi, kebanyakan keris tidak mempunyai apa-apa kuasa kesaktian atau lebih dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai isi.

Rumusan

Khurafat, mistik, tahyul, mitos dan sebagainya memiliki pengertian yang tersendiri. Mistisme pula merupakan suatu aliran kefahaman berkaitan amalan spiritual yang disebut juga sebagai sebahagian dari tasawuf atau sufism. Isu berkaitan perlu dicerakin dengan baik dan jujur berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh pembicaranya. Jjsteru itu jangan terlalu mudah meletakkan sesuatu hukum padanya samada sahih mahupun batil dari sudut aqidah mahupun dari sudut syariat. Pertimbanglah menurut neraca yang sepatutnya.

Catatan ini diolah dan disunting kembali dari pelbagai sumber oleh

Dr Abdy, Ahli Terapi Psikospiritial, 21.10.25