Buli?
GEJALA BULI : APA PERAWAT BOLEH BANTU ?
Buli boleh berlaku di mana-mana, bahkan di hampir semua institusi, baik di sektor awam mahupun swasta sehinggalah di parlimen. Malah di peringkat global, negara2 kuat dan kaya sering membuli negara2 yang kebergantungan kepada negara2 kuasa besar dari sudut ekonomi, perdagangan, kewangan dan ketenteraan adalah tinggi.
Isu ini terlalu besar untuk dibincangkan, cukuplah jika difokuskan dulu di institusi pendidikan khususnya di sekolah. Di sekolah terdapat puluhan pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM termasuk berkaitan gejala disiplin dan salah laku moral termasuk jenayah yang turut menyentuh gejala buli. Sekolah juga membentuk Lembaga Disiplin, Lembaga Pengawas, Guru Displin, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kaunselor Sekolah, pengawal keselamatan, warden asrama, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah dan berbagai lagi.
Punca berlakunya gejala buli ada pelbagai ragam dan perlu disoroti dari pelbagai sudut. Ada faktor dalaman dan ada faktor luaran. Faktor dalaman boleh meliputi kumpulan berikut:
- Pentadbir: Pengetua, guru besar, ketua guru, para guru penolong kanan, ketua kaunselor, warden asrama, mudir penyelia dan lain-lain.
- Guru dan tenaga pengajar: Guru kelas, ketua guru unit, guru mata pelajaran, guru pendidikan jasmani dan lain-lain.
- Para pelajar atau murid: Mereka biasanya mengklompokkan diri sebagai junior dan senior dan melibatkan juga gender yang berlainan. Ada yang pasif dan defensif dan ada yang agresif bahkan ada yang berlagak ala samseng dan gangster.
Faktor luaran dan persekitaran pula melibatkan:
- Remaja di luar yang sudah tidak bersekolah dan sebahagiannya sudah bekerja.
- Rakan sebaya yang mempengaruhi watak, karekter serta kecerderungan remaja yang masih bersekolah.
- Perseteruan dan kinflik yang berlaku di luar sekolah sehingga terbawa2 ke sekolah atas punca yang pelbagai.
- Dorongan dendam dan rasa ketidakpuasan hati di luar berterusan sehingga dibawa ke sekolah.
- Pengaruh dan penglibatan ahli dan kumpulan kongsi gelap dan samseng tertentu yang merekrut para pelajar tertentu.
Punca yang membawa kepada gejala buli boleh datang dari mana2 lapan sumber di atas.
Pihak pentadbir ada yang suka membuli staf khususnya warga pendidik bawahan menyebabkan mereka melespiaskan kegeraman mereka kepada para pelajar yang lemah dan lurus. Buli berlaku dalam bentuk bebanan kerja dan tugas teknikal serta dokumentasi data yang bertimbun.
Para guru pula ada yang mengambil kesempatan membuli pelajar dengan mengarahkan mereka melakukan kerja di luar dari tugasan hakiki PDnP. Mereka sering memberi arahan bukannya meminta bantuan atau pertolongan pelajar sehingga terdapat elemen paksaan.
Guru2 kokurikulum, guru pendidikan jasmani juga ada yang turut terlibat sama membuli sehingga mendenda dan mengenakan hukuman serta penalti yang keterlaluan apabila tidak mengikut arahan yang diberikan.
Sebahagian guru kaunselor tidak sempat melayani dan menyantuni keperluan pelajar untuk mendapat bimbingan kerana sibuk dengan seminar, bengkel dan kursus demi memenuhi KPI tahunan bagi tujuan kenaikan pangkat. Sebahagiannya gagal mengesan pelajar bermasalah yang memerlukan bantuan di segi moral dan motivasi berterusan.
Para pelajar juga ada kelompok dan geng tertentu dan masing2 cuba membuli pelajar yang lemah dan lurus bendul termasuk memaksa pelajar yang bijak membuat tugasan sekolah untuk mereka dengan ugutan tertentu baik dengan bayaran, biasanya lazimnya tanpa bayaran.
Pelajar senior seringkali membuli pelajar junior kerana mahukan mereka turut mengalami hal serupa yang mereka pernah lalui ketika masih junior. Justeru itu muncul geng pelajar ala gangsar sehingga sanggup memaksa pelajar anak orang kaya memberi duit dan membelanjakan rakan mereka setiap hari.
Di luar pagar sekolah pengaruhnya lebih dahsyat. Anasir yang terlibat dalam salahlaku jenayah moral, dadah dan vandalisme sering memperdayakan budak2 sekolah dengan membentuk karekter ganas sehingga budaya tersebut menjalar ke sekolah menyebabkan elemen buli berlaku dalam kalangan pelajar dengan berleluasa.
Fenomena yang sering diadukan oleh ibubapa ialah segelintir guru menggunakan pendekatan komunikasi yang salah. Sebagai contoh, jika pelajar melakukan kesalahan atau kesilapan, mereka sering dipermalukan di hadapan kelas, di dewan perhimpunan dan di hadapan rakan2 sekolah mereka dengan bahasa kurang enak didengar; memperli, menyindir, meremehkan, mencerca bahkan mengaibkan pelajar dengan melibatkan ibubapa yang dituduh mengabaikan anak2. Tidak cukup dengan itu cerita tersebut dibawa ke bilik untuk disembang sesama guru.
Gejala lesbian kerap berlaku di asrama perempuan dan kebanyakan mangsa adalah junior. Jika enggan menuruti pelaku, mangsa akan menghadapi tekanan, ugutan dan penderaan tertentu. Begitu juga gejala gay atau kegiatan tidak bermoral, walaupun kes terpencil ianya ada berlaku khususnya di asrama lelaki. Saya terima beberapa kes pelajar tahfiz lelaki menjadi menjadi mangsa emang seksual bahkan lebih dari itu bukan sahaja melibat sesama rakan bahkan ada guru tahfiz yang tumpang sekaki.
Tidak cukup dengan itu kisah budak2 yang dikatakan nakal dan tidak berdisiplin itu menjadi bahan bualan dalam grup WA guru + ibubapa dengan seronoknya.
Pihak yang patut meneliti, mengambil jalan penyelesaian dan membendung gejala buli adalah nahkoda sekolah iaitu pengetua atau mudir dengan bantuan guru2 kanan dan pihak yang berkaitan.
Aspek negatif yang melibatkan guru cuma segelintir kerana majoriti masih berpegang pada profesionalima guru sejati sebagai pendidik dan murabbi serta melaksanakan misi dan visi sesuai dengan falsafah pendidikan negara. Walaupun segelintir terbabit namun impaknya cukup besar terhadap pelajar.
Jangan terlalu mudah melabelkan kumpulan pelajar tertentu sebagai budak jahat, samseng dan keras kepala. Mereka semua menjadi nakal kerana ada sebabnya dan inilah yang perlu diperhalusi betul-betul. Jangan pula menjadikan hukuman sebagai satu2 nya alat untuk membendung masalah disiplin terutama kes buli kecuali untuk kes2 yang terlalu serius yang perlu dirujuk kepada pihak berkuasa.
Jika boleh laksanakan konsep disiplin tanpa hukuman seperti yang telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah. Anggaplah pelajar sebagai anak yang perlu disantuni. Mereka sedang melalui proses peremajaan dan pematangan. Kajian mendapati budak2 yang dikatakan nakal dan kurang berdisiplin sebenarnya budak cerdik, bijak, berinovasibl dan memiliki potensi untuk berjaya.
Bukan hanya pelajar diberi kursus berkaitan moral dan disiplin atau kursus keibubapaan ( parenting) untuk para penjaga malah komuniti guru juga perlu diberi kursus mengenai komunikasi efektif dengan pelajar. Pihak pentadbir perlu memainkan peranan secara pro aktif untuk membendung gejala buli dengan mengambil langkah dan perancangan yang spesifik dengan sokongan pihak PIBG bersama ketua2 komuniti setempat.
Apa pula peranan perawat Islam?. Antara langkah yang boleh membantu pihak sekolah ialah:
- Mengadakan bengkel dan seminar khusus yang melibatkan pihak pentadbir, guru, pelajar dan wakil ibubapa.
- Menyarankan agar program2 berbentuk kerohanian dipergiatkan dengan sasaran utama ialah kelompoh pelajar bermasalah dengan kerjasama panitia pendidikan Islam sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling.
- Mengadakan aktiviti solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat secara berkala melibatkan semua warga sekolah yang muslim.
- Mengenalpasi para pelajar terutama pembuli yang mungkin terkesan dengan pengaruh makhluk halus atau pengaruh saka keluarga. Jin dan syaitan akan sentiasa menggalakkan aktiviti keganasan, penderaaan dan mengganggu ketenteraman sekolah melalui perbuatan buli.
- Beri bimbingan mengenai kaedah untuk perlindungan diri dari gangguan manusia dan bukan manusia menerusi doa, zikir dan bacaan ayat ruqyah tertentu. Itu sebahagian langkah yang boleh dilakukan oleh perawat berkaitan ikhtiar untuk membendung gejala buli baik di yang berlaku dibperkarangan sekolah mahupun di kawasan asrama.
Cacatan di atas berdasarkan sedikit pengalaman penulis bergaul dengan komuniti pentadbir, guru, pelajar, ibubapa dan penjaga serta ketua2 komuniti setempat dalam usaha membendung gejala buli.
Sekian
Abdy@MHCS 13.8.25
Sedikit info pengalaman penulis.
- Penghuni asrama sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) selama 4 tahun.
- Felo dan pmg pengetua kolej kediaman sebuah IPTA selama 4 tahun.
- YDP PIBG sebuah SMK selama 16 tahun.
- AJK Policing Community PDRM IPD Subang Jaya.
- Pengurusi jemaah pengurusan sebuah sekolah agama bawah kendalian JAIS selama 10 tahun sehingga kini.
- dan kain-lain

