Beza jin, setan & iblis
ANAK CUCU TANYA KITA JAWAB , ANAK CUCU TAK TANYA ..KITA TANYA KITA JAWAB
Soalan :
Ayah… jin, setan (syaitan), dan iblis tu… yang sama ke?
Jawapan :
Sangat berbeza dik…mari kita lihat perbezaannya.
- Jin dalam Al-Qur’an
Dalil:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
(QS. Adz-Dzariyat: 56)
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
(QS. Al-Hijr: 27)
Ciri Jin dari Al-Qur’an:
Makhluk ghaib ciptaan Allah
Dicipta dari api
Punya akal dan kehendak bebas
Ada yang Islam, ada yang kafir
Mereka akan dihisab di akhirat
- Setan (Syaitan) dalam Al-Qur’an “Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan dari jenis manusia dan jin…”
(QS. Al-An’am: 112) “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh…”
(QS. Fatir:6)
Ciri-ciri Syaitan:
Syaitan adalah sifat atau gelaran, bukan makhluk tersendiri.
Ada syaitan daripada jin dan juga manusia.
Tugas syaitan adalah menyesatkan, membisikkan kejahatan, menghasut manusia supaya derhaka kepada Allah.
- IBLIS (إِبْلِيس)
Asal-usul:
Iblis adalah nama khas, satu individu dari golongan jin, yang ingkar kepada Allah.
“Iblis adalah dari golongan jin, lalu ia menderhakai perintah Tuhannya.”
— Surah Al-Kahf (18:50)
Ciri-ciri Iblis:
Pernah tinggal bersama para malaikat kerana kuat ibadahnya.
Diperintahkan sujud kepada Adam, tetapi enggan kerana sombong.
“Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api, dan Engkau ciptakan dia dari tanah!”
— Surah Al-A’raf (7:12)
Iblis menjadi ketua syaitan, dan berjanji untuk menyesatkan manusia sampai hari kiamat.
“Kerana Engkau menyesatkan aku, pasti aku akan duduk menghalangi mereka di jalan-Mu yang lurus.”
— Surah Al-A’raf (7:16)
Kesimpulan:
Jin: Makhluk ghaib yang dicipta dari api, ada baik dan jahat.
Syaitan: Bukan makhluk baru — istilah bagi yang jahat dari jin atau manusia.
Iblis: Ketua syaitan, dari golongan jin, ingkar kepada Allah.
Jommm…awasi anak cucu dari perkara2 buruk dan mungkar.
Wallahu’alaam.
Penyusun :
Ust Asmad Al-Azhari
Alumni Al-Azhari
Ahli GPMM Berdaftar

