Sifat dan kategori jin
Spesifikasi Jin:
Spesis jin berbeza2 dan tidak boleh disamakan dalam segala segi. Perbezaan ini meliputi:
- Ghaib: hampir semua jenis jin adalah berada di alam ghaib dan sekali sekala muncul menampakkan diri di alam manusia.
- Barsalin rupa: Jin memiliki keupayaan bersalin rupa dgn pelbagai bentuk namun ini bukan kebiasaan dan tidak lama kerana ketika itu dia berubah texture dan mengalami kesakitan ketika berusaha kembali ke rupa asli.
- Melihat hal2 ghaib: Oleh kerana dia makhluk ghaib maka sudah tentu boleh melihat benda2 ghaib yang pada pandangan manusia tidak mampu dijangkau dengan mata kasar.
- Melihat apa yang manusia kihat: Apabila muncul di alam manusia dia boleh melihat apa shj yg manusia blh lihat walaupun walaupun disorok atau disembunyikan.
- Mengetahui hal2 tersembunyi: Jin boleh menunjukkan keberadaan buhul sihir dan benda mistik. Tidak semua jin mengetahui kecuali diberitahu oleh jin2 lain yg sudah mengetahuinya. Jin memiliki networking yg meluas dan cepat serta berhubung dgn jin2 lain di seluruh dunia utk mndapat apa2 berita.
- Keupayaan bergerak: keupayaan ini berbeza2, ada yg sepantas kilat atau cahaya, ada yg sepantas jet supersonic bahkan ada yang perlahan merangkak dan mengungsot.
- Kekuatan: ada yang sangat lemah dan uzur dan tidak bermaya untuk bergerak sebaliknya ada yang memiliki kudrat yang luarbiasa spt sanggup memindahkan istana Balqis ke Palestin.
- Penglihatan: Ada yg mmiliki kekuatan biasa2 dan ada yang pandangannya boleh menembusi halangan atau sekatan spt tembok besi atau konkrit yang tebal. Selain itu ada yang boleh melihat dari jarak jauh sehingga ribuan kilometer.
- Pendengaran: Jin umumnya boleh mendengar apa sahaja perbualan manusia yang menggunakan bahasa apa sekalipun dan ingatannya sangat kuat.
- Kuat memori: Jin jarang melupakan apa yang dilaluinya sepanjang hidup termasuk perawat2 tertentu yang menbelasahnya dengan ayat2 ruqyah.
- Membaca gerak bibir dan bisikan; Antara keupayaannya ialah membaca gerak bibir seseorang yang berada di lokasi yang jauh. Ini termasuk mengetahui bisikan seseorang dgn orang lain tentang sesuatu perkara.
- Sejarah perawat dan pesakit: Jin boleh tahu mengenai rahsia dan sejarah penglibatan perawat serta apa yang perawat lakukan samada kaedah itu betul mahupun tidak. Dia juga boleh tahu sejarah penyakit seseorang dan apa sebenarnya yang menjadi punca penyakit tersebut. Ini berlaku apabila jin meninjau dan memerhati setiap pergerakan perawat dan input yang input diperolehi dari pelbagai sumber.
KESIMPULAN:
Senarai di atas seolah2 menampakkan jin memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa, namun janganlah terlalu kagum kerana kudrat yang dia miliki tidak akan terlaksana tanpa keizinan Allah swt.
Perbezaan antara kalangan jin umpama perbezaan spesifikasi kenderaan yg memiliki kuasa cc, kuasa kuda, NM of Torque dan ditambah lagi dengan kuasa turbo charged, maka sudah tentu terlahir keupayaan dan kekuatan yang berbeza.
Jangan pula kita membesar2 jin kerana mereka sebenarnya lemah jika berdepan dengan ayat-ayat al-Quran, doa2 dari hadith, takbir, tahmid, istighfar, hawqalah, zikir2 yang ma’thur dan lain2 amalan yang diredai oleh Allah SWT.
Sekian.
-DrAbdy
14.6.25

