Teknik sembelih jin: adakah satu kebohongan?

Penulisan dalam Bahasa Arab oleh:
عارف بن محمد الشميري

Alih bahasa: Salahudin Sunan Al-Sasaki

Disunting menggunakan laras Bahasa Melayu oleh Dr Abdullah Yusof

______

Ramai perawat melakukan tindakan menghukum jin yang mengganggu manusia dengan beberapa tindakan termasuk membunuhnya. Perbuatan membunuh paling sering dilakukan ialah  dengan menyembelih jin tadi.

Kita sering menemukan banyak sekali penyimpangan, dan cara yang melampaui batas yang terjadi pada orang-orang  yang berkecimpung dalam dunia ruqyah. Mereka melakukan kaedah  tertentu tanpa ilmu dan pengalaman. Untuk itu cara-yang dilakukan tersebut perlu diluruskan bukan dengan tujuan untuk merusak, atau menjatuhkan mereka, namun dengan tujuan untuk memperbaiki teknik yang dilakukan oleh mereka, dan meluruskan kebengkokan mereka agar mereka tetap pada teknik yang syar’iyah, dan menjauhkan diri mereka dari dugaan-dugaan, wahm ( sangkaan palsu ), dari khurafat yang mereka warisi dari para dukun, juga dengan tujuan agar mereka berhenti ikut-ikutan ( taqlid buta ) kepada cara-cara, atau uslub-uslub mereka ( para dukun ).

Demikian juga agar tidak menyesatkan para pesakit, dan orang-orang yang melihat langsung praktik tersebut sehingga mereka meyakini cara-cara tersebut adalah benar, kerana dilakukan oleh seorang ustaz yang dikenali dalam bidang ruqyah.

Di antara amalan tersebut adalah dakwaan peruqyah yang mampu menyembelih, membunuh, bahkan meyakini jinnya mati akibat disembelih. 

Kita sering menyaksikan seorang peruqyah mempraktikkan teknik ini sebagaimana layaknya seseorang yang sedang menyembelih manusia atau binatang. 

Tangan peruqyah itu diletakkan pada leher pesakit yang sedang kerasukan lalu tangannya maju mundur sebagaimana perbuata seseorang yang sedang menyembelih sambil peruqyah itu membaca ayat-ayat yang berbicara tentang menyembelih dan membunuh. 

Di sini peruqyah dianggap menipu dirinya sendiri, dan orang-orang yang berada di situ seolah-olah sedang menyembelih syaitan. 

Syaitan yang sedang disembelih melihat aksi tersebut lalu berpura-pura kesakitan, bahkan syaitan itu menarik keluar lidah pesakit tersebut agar semakin sempurna tipuannya agar terlihat benar-benar sedang disembelih. Syaitan ini berteriak-teriak, dan minta dikasihani agar peruqyah tersebut berhenti menggorok lehernya dan berjanji untuk bertaubat dan keluar. 

Sayang sekali peruqyah ini, dan orang-orang disekitarnya mempercayai tipu daya jin syaitan tersebut sampai meyakini jinnya benar-benar tewas. Bagaimana tidak percaya, kerana jinnya adalah aktor yang profesional sekali apalagi dengan tujuan untuk menyesatkan peruqyah, dan pesakit agar sebab keberadaannya di dalam tubuh pesakit tersebut tetap aman dan terjaga.

Secara logika bagaimana mungkin seseorang mampu membunuh jin yang tidak terlihat, dan tidak diketahui bagaimana susunan tubuhnya? Ini tentu suatu dakwaan yang mengada-ada, dan tanpa dalil. 

Jadi dakwaan menyembelih jin hanya kebohongan, penyesatan, dan cara yang melampui batas. Akhirnya apabila ditegakkan hujjah mengenai masalah ini lalu masih ada peruqyah yang melakukan cara tersebut. Justeru itu  kita perlu melarang siapa saja agar tidak lagi mendatangani peruqyah seperti untuk diruqyah.

Kesimpulan

Dalam tulisan yang telah disunting ini, ada beberapa hal yang perlu ditegaskan. Pertama hukuman bunuh hendaklah setelah sabit kesalahannya dan perlu dijatuhkan hukuman oleh hakim yang mengadili kes dan pelaksanaan hukuman juga oleh orang yang diberi kuasa. 

Kedua adakah hukuman itu berdasarkan hukum qisas, hudud atau ta’zir. 

Ketiga bolehkah manusia mengambil nyawa makhluk Allah yang lain begitu sahaja tanpa diberi peluang membela diri kerana pesalah sebenar mungkin pesakit sendiri. 

Keempat, iaitu apa sebenarnya yang dikatakan sembelih jin. Berdasarkan pengalaman bergaul dengan peruqyah yang mempraktikkan amalan tersebut, umum mengatakan itu hanya simbolik sahaja, bukan betul-betul sembelih, sekadar ancaman, gertakan atau menakut-nakutkan jin sahaja. Kalau tidak mahu keluar, nanti akan disembelih, dipancung atau ditembak pakai jari telunjuk. Jin yang amatur akan takut dan mengambil keputusan untuk keluar begitu sahaja. Semakin diacah dengan gerakan umpama sembelih haiwan semakn cepatlah dia keluar.

Kena ingat kesan dari ruqyah menyebabkan tangan peruqyah bersifat tajam dan menghiris, letak sahaja kat leher, jin akan merasa kepanasan dan kesakitan yang amat  sangat. 

Begitu juga teknik memasung, memenjara, menambat dan mengurung jin, semua itu adalah simbolik, tidaklah boleh digambarkan sepertimana manusia melakukannya terhadap manusia lain. 

Maka berhati-hatilah menggunakan istilah sembelih jin kerana ia akan ditafsirkan oleh orang awam dengan pelbagai tohmahan yang akhirnya perawat Islam juga akan terpalit dengan amalan yang dikatakan sesat dan khurafat itu.

والله اعلم

Suntingan Dr Abdy, 

Kodiang, 20.10.24