Bolehkah sihir dibatalkan oleh sihir lain?

Dari segi hukum melakukan sihir asal dan melakukam sihir pembatal kedua-duanya adalah termasuk dalam dosa besar dan haram hukumnya. Jika jesannya menyebabkan mangsa sihir itu mati maka tukang sihir boleh dijatuhi hukkuman bunuh.

Ada beberapa isu :

  1. Sihir termasuk salah satu dosa besar walaun hanya sekali dilakukan. Dosa untuk tukang sihir dan pesakit yang mendatanginya.
  2. ⁠Jika dilakukan sihir sekali lagi untuk merawat sihir yang sudah terkena bermakna dia menambah satu lagi dosa besar untuk kedua2nya.
  3. ⁠Tukang sihir boleh menambah bentuk sihir lain ke atas pesakit sama atau membatalkan sehir sedia ada lalu diganti dgn sihir lain. Hal seperti ini boleh terjadi.
  4. Tukang sihir melakukan sesuatu sihir maka sudah tentu dia boleh membatalkannya atau tukang sihir lain yang membatalkannya.
  5. ⁠Adalah perkara biasa bila seseorang tukang sihir itu menambahlan sihir yang sedia ada pada seseorang pesakit.
  6. ⁠Semua amalan itu iaitu menyihir atau membatalkan dengan sihir lain tidak akan berlaku tanpa izin Allah swt, sepertimana tiada kebaikan atau mudarat boleh terjadi tanpa kehendak Allah swt.

Kesimpulan

Amalan menyihir dan membatalkannya dengan sihir lain boleh terjadi namun kedua2nya haram dilakukan dan termasuk dalam dosa besar.

Apa yang perl dilakukan ialah mendapatkan khidmat perawat Islam yang mahir dan berpengalaman dengan melakukan ruqyah khusus bergantung pada jenis sihir yang dilakukan. Hanya Allah swt yang sebenar2 berkuasa membatalkan sesuatu sihir sepertimana FirmanNya dalam Surah Yunus (10:81): ما جئتم به السحر إن الله سيبطله ان الله لا يصلح عمل المفسدين ويحق الله الحق بكلماته ولو كره المجرمون

Sekian.
-DrAbdy 21.10.24