Sihir dan mahkamah

Ada yang percaya wujudnya amalan sihir dan ada yang tidak mempercayainya seperti mana mereka tidak mempercayai wujudnya hantu atau jin. Usaha ke arah mewujudkan undang-undang berkaitan sihir telahpun dimulai namun perjalanannya agak perlahan kerana beberapa sebab. Saya tidak mahu menyentuh sebab-sebab tersebut kerana bimbang ada pihak yang akan tersinggung.

Kini perbincangan tentang forensik sihir diteruskan walaupun tuhuan utama melihat kewujudan akta sihir belum menjadi realiti. Percangan mengenainya perlu melibatkan para pengamal undang-undang di semua sektor, pengamal rawatan sihir, ilmuan agama, penyiasat, penguatkuada dan ramai lagi.

Persoalan timbul; bolehkah pengamal sihir dipertuduh atau didakws di mahkamah dan jika boleh atas pertuduhan apa. Kedua adakah pegawai penyiasat, pendakwaan dan pegawai kehakiman mempunyai kekahiran dan pengalaman mencukupi berkaitan amalan sihir dalam masyarakat. Begitu juga adakah para peguambela dan peguamcara terdedah dengan ilmu berkaitan sihir dan maklumat mengenainya baik peguam muslim mahupun non muslim. Bukan itu sahaja, mereka permu mengetahui secara mendalam hujum gajam berkaitan sihir.

Tulisan ini bukan bertujuan menimbulkan polemik, menggusarkan hati dan mendatangkan kegelisahan sebahagian dari kita yang teruja ingin melihat undang-undang berkaitan sihir diluluskan di parlimen dan diluskan untuk dikuatkuasakan.

Adakah undang-undang tersebut eksklusif untuk kes-kes sihir dan selainnya seperi ‘ain terkecuali sedangkan tanda dan gejala mangsa sihir adalah hampir sama.dan mangsa ‘ain. Kita tunggu dan lihat bilakah ia menjadi realiti dan sama-sama mendoakannya.

Mahkamah akan memutuskan kes-kes jenayah sihir. Namun tahukah anda mahkamah juga adalah antara premis yang berkumpulnya tukang-tukang sihir, buhul dan amalan berkaitan. Saya diberitahu oleh seorang pengamal undang-undang, beliau mengakui hal ini dan pengalaman tersebut dilaluinya sendiri. Sering ditemui betas kunyit, tanah kubur, debu mayat dll ditabur di perkarangan mahkamah, galeri, kamar hakim dll yang ditabur oleh pihak tertentu. Beliau adalah bekas Timbalan Pendakwaraya, kini peguam kanan pernah berdepan dalam kes bunuh berprofil tinggi.

Seorang bomoh (plaintiff) mengemukakan saman malu ke atas seorang lelaki (defendant) yang menuduhnya menuduhnya dengan niat memfitnahnya. Peguam tersebut mewakili defendant di mahkamah. Beliau mengaku merasa kaku, kelu dan tidak mampu berkata-kata ketika berhujah di mahkamah. Hakim pula menceritakan ternampak satu makhluk aneh bertanduk berdiri di atas bahu saksi plaintiff seperti memberi amaran kepada hakim.

Selepas balik ke rumah dia menjadi tidak keruan, menderum dan merasuk meracau dalam bilik, enggan keluar.

Saya dijemput oleh bapanya datang ke rumah untuk merawatnya. Seingat saya 3 kali juga saya merawatnya. Pernah katanya, hakim pernahmembuat keputusan yang mengejutkan berbeza dengan nota penghakman yang dibacanya sebelum itu. Hakim membebaskan tertuduh yang sepatutnya bersalah dan pasukan pendakwaan menjadi bingung dan keliru.

Apa akan berlaku jika kes-kes sihir yang sebahagian keterangan dan buktinya bersifat misteri dan metafizik?. Bolehkah forensik membuat analisis yang tepat dan jitu ke atas buhul sihir yang boleh dimanipulasi oleh jin?. Sekian dulu… bersambung.
-DrAbdy 14.10.24