Bagaimana ’ain terjadi

Ramai dikatakan terkena ‘ain. Apa itu ‘ain?. Al-‘Ain haqq, `ain itu benar-benar berlaku (maksud hadith sahih), namun ramai tidak menyedari akibat buruk sekiranya ia terjadi, maka hindarilah mengupload foto bayi dan kanak-kanak, makanan dan minuman, hartabenda, persahabatan dan perkenalan, kembara ke sana sini yg terdapat unsur-unsur riak, nak menunjuk-nunjuk, membangga diri sehingga mencetuskan rasa irihati, dengki, cemburu, meluat dsb pd diri org lain yg menjadi punca terjadinya `ain. Ramai yang mengetahui dan menyedari  puncanya.  

Penyakit `ain merupakan antara yang paling sukar disembuhkan berbanding sihir, santau atau penyakit2 kronik lain spt kanser, jantung, eczema dan lain-lain.

‘Ain itu adalah pandangan mata jahat, mata yang penuh kebencian, ketakjuban tanpa memohon perlindungan Allah.  

Adakah dugaan dan tekaan perawat selama ini tepat. Bagaimana untuk membezakan penyakit terkena sihir dengan penyakit ‘ain. Sihir itu bukan ‘ain dan ‘ain pula bukanlah sihir walaupun tanda dan gejalanya hampir sama. Sepertimana sihir, bila perawat mengatakan seseorang itu terkena ‘ain, pastilah begitu?.  

Persoalan seterusnya, bagaimana ‘ain itu boleh berlaku, boleh mendatangkan kesan buruk ke atas mangsa dan juga orang yang menjadi punca ‘ain. Jika sihir, kesan buruk kerana peranan jin penyihir bersama pengaruh peralatan sihir dan jampi mantera yang diucapkan, sedangkan ‘ain berlaku tanpa penglibatan jin, mantera dll. Jadi, adakah mata jahat memiliki kuasa sakti sehingga pancaran dan panahannya jika terkena ke atas mangsa atau معيون ia boleh mendatangkan mudarat sehingga boleh berpindah ke alam lain.  

Justeru itu perawat perlu memberikan penjelasan yang tepat dan meyakinkan jika ditanya bagaimana ‘ain boleh terjadi, bukan sekadar memberikan sebab-sebab terjadinya. Ingatlah ‘ain boleh terkena ke atas diri sendiri.   

Wallahu a’lam.  

-DrAbdy 12.10.24