Risiko pulang sihir

Perawat kerap berdepan dengan risiko apabila menggunakan kaedak pulang balik sihir… ramai yang cuba menangani kes angkara pengamal ilmu hitam, ilmu kebal, pembela jin syaitan, toyol dll. yang tidak putus-putus memangsakan orang. Termasuk yang mengaku ingin bertaubat dan meninggalkan amalan sesat tersebut namun gagal kerana ancaman dan gertakan ketua-ketua jin. Hal ini perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati kerana ada kalanya mereka sebenarnya ingin menguji kekuatan batin pengamal ruqyah dan ingin membalas dendam kerana menghalangi usaha-usaha mereka berurusan dengan pesakit mereka. Hal ini memerlukan pengalaman yang cukup dan kemahiran yang tinggi. Ramai peruqyah terkandas di tengah jalan dan ramai juga yang terpaksa pencen awal dari terus meruqyah kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko, bukan kerana menunggu sijil pendaftaran pengamal dengan KKM yang tidak kunjung tiba dek kerana pelaksanaan akta baharu TCM 775.

Sebelum memutuskan akan menghantar balik sihir, perawat perlu tahu penyihir tersebut menggunakan teknik apa dan apa bahan penyihiran yang dilakukan juga jin-jin penyihir yang mendokongnya. Ibarat hendak berperang kena tahu senjata dan peluru jenis apa yg hendak digunakan. Dapatkan juga info dari jin-jin lain tentang kekuatan dan kelemahan si tukang sihir dan rangkaiannya. Kalau tak mahu tanya jin atas alasan semuanya tipu belaka, maka tanyalah tunggul kayu, mungkin tunggul itu boleh berbicara.


-Dr Abdy
31/8/2024