Jin syaitan suka menjilat

Jin adalah makhluk yang makan dan minum, cuma cara mereka tidak sama antara satu spesis jin dengan yang lain. Terdapat beberapa buah hadith antaranya yang memperingatkan manusia agar menutupi bejana (bekas) makanan yang tersisa selepas menghadapi sajian terutama pada waktu malam kerana waktu itu mereka agak aktif mencari makanan dan antara makanan mereka ialah tulang, kotoran, darah, sisa makanan yang membazir dan air di dalam bekas yang tidak ditutupi. Ada jenis yang menghidu, ada yang menyantap dan ada yang menjilat sahaja. Ramai pesakit yang terkena jilatan jin setelah tidur malam tanpa membasuh tangan dengan betul dan tanpa mengambil wuduk tersebih dahulu.

Dalam sebuah hadith sahih ( maksudnya):
sesungguhnya syaitan suka merasa dan menjilat oleh itu hendaklah kalian mengawal diri kalian. Barangsiapa yang tidur dan di tangannya masih terlekat sisa-sisa bauan kunyit (sisa makanan) kemudian ditimpa apa-apa, maka janganlah dia mengecam (marah atau menyesal) melainkan dirinya sendiri. ( HR al-Tirmidhi dan al- Hakim)

Jin syaitan ini dia bukan saja menjilat tangan dan mulut yang terdapat bau atau sisa makanan, bahkan akan menjalar lidahnya yang panjang itu ke bahagian anggota tubuh yang lain. Bukan itu sahaja, bahkan dia mengambil kesempatan meraba-raba, menggigit, menggaru dan mencalar anggota tubuh yang dia suka kerana geram. Jadi, peringatkanlah pesakit agar pastikan tidur dalam keadaan bersih dari sisa dan bau kari, sambal belacan, budu, tempoyak dan sebagainya.


-Catatan dr Abdy
30.8.24