Pesakit jadi sasaran keluar masuk pelbagai spesis jin?


Mengapa pesakit gangguan jadi sasaran persinggahan jin?. Hal ini berlaku kerana:

  1. Tubuh yang memiliki fizikal dan ruh yang lemah dan tidak stabil.
  2. ⁠Minda yang bercelaru, tidak siuman serta emosi yang berkecamuk.
  3. ⁠Penampilan yang tidak terurus.
  4. ⁠Badan yang kotor dan berbau busuk.
  5. ⁠Lupa dan tidak berupaya menjalankan tanggungjawab beragama.
  6. ⁠Tidur dan rehat tidak menentu termasuk di tempat kotor.
  7. ⁠Tiada amalan doa pertahanan diri atau perlindungan.
  8. ⁠Suka termenung, ketawa, membisu, menyendiri atau bercakap merapu-rapu.

Tanda besar gangguan ini:

  1. ⁠Kerap melakukan perbuatan aneh dan boleh menggusarkan orang ramai.
  2. Bertutur dengan bahasa yang tidak difahami dan bercakap sendirian.

Itulah antara senarai punca dan tanda utama pesakit mental yang mana menjadi tumpuan makhluk halus bahkan memasuki jasadnya pun sangat mudah kerana akal fikiran yang tidak waras, fizikal yang lemah, kekuatan rohani @ spiritual yang hilang dan penampilan yang kotor dan tidak terurus. Semua ini membuka laluan yang selesa untuk kemasukan jin.

Perawat kena berhati-hati sewaktu merawat pesakit mental kerana kemungkinan terdapat reaksi yang keras, merbahaya dan di luar jangkaan. Lakukan ruqyah pemula @ muqaddimah dahulu di permulaan sesi untuk mengelak pesakit bertindak agresif apatah lagi jika terdapat senjata tajam berhampiran.

Jangan fikir masalah mental hanya dihidapi oleh manusia sahaja bahkan haiwan ternakan dan belaan pun ada. Haiwan tersebut tidak dinamakan sebagai pesakit jiwa atau mental sebaliknya dipanggil seperti lembu gila, anjing gila, kucing gila, ayam gila dll. Jika berkesempatan rawatlah haiwan tersebut, jadilah perawat veterinar.

Bagaimana pula jin, adakah terdapat jin yang mengalami masalah mental. Oh sudah tentu ada, saya pernah menemuinya namun saya tidak merawatnya, saya suruh dia pi main jauh-jauh. Ada juga rupanya jin gila. Satu lagi yang pelik tapi benar, iaitu jin yang memasuki tubuh jin lain lalu merasukinya. Apa yang berlaku sesudah itu? Bersambung…

Sekian. Dr Abdy
11.8.24