Pernah lihat penampakan jin?
Jin boleh menjelma dalam pelbagai bentuk rupa bentuk kecuali berupa Nabi Muhammad SAW. Namun ada jin yang tidak boleh membentuk dirinya berupa selain rupa dirinya yang asli. Umumnya jin boleh berupa jin lain, berupa haiwan baik haiwan darat, haiwan air hatta haiwan udara bahkan haiwan yang hidup di dalam tanah. Jin juga boleh menyerupai dirinya sebagai pokok, tumbuh-tumbuhan, busut, buahan, sayuran, kekacang, batu, kayu dan pelbagai lagi. Bentuk lain jelmaan jin ialah seperti asap, gas, angin, taufan dan lain-lain. Jin juga boleh menjelma menjadi api, ombak dan desiran bayu, selain gemar menyerupai orang yang masih hidup mahupun yang telah mati.
Selain itu jin boleh menjelma di dua tempat dengan rupa yang sama atau berlainan dalam waktu yang bersamaan. Namun kita kena sedar keupayaan tersebut tidak terjadi tanpa keizinan Allah SWT. Justeru itu perawat kena faham kenapa Allah mengurniakan semua kelebihan ini kepada jin dan apa hikmahnya. Namun kita kena faham Allah tidak membiarkan jin bertindak sewenang- wenangnya dengan menggunakan kelebihan tersebut untuk melakukan kejahatan ke atas manusia. Manusia yang sentiasa memohon pertolongan Allah dari segala tipudaya jin insyaAllah akan terselamat dari gangguan dan kejahatan jin. Penciptaan jin adalah satu bentuk ujian Allah buat hamba-hambanya.
Mungkin ada yang akan bertanya mana dalilnya semua ini, mana syat Quran dan hadithnya. Jika ada yang bertanya itu tandanya dia perawat bersumbu pendek. Catatan ini berdasarkan banyak persoalan yang dikemukakan berkisar makhluk halus dan kehidupan mereka.
Sekian.
-Dr Abdy
Coretan 27.7.24