Jin berdialog secara laangsung
Saya pernah sebut dulu, walaupun kebiasaan jin bercakap menerusi lisan manusia atau pesakit, namun jin juga boleh berdialog tanpa memasuki jasad manusia dan bertutur tanpa menerusi lidah manusia. Hal ini tidaklah asing bagi perawat-perawat tertentu.
Petang tadi seorang pesakit lelaki dewasa mengaku jin-jin sering menjelma di hadapannya secara sedar dan bukan dalam mimpi. Jin-jin tersebut yang tampil dengan pelbagai rupa menakutkan akan menegurnya, bercakap dengan kata-kata sinis lalu dijawab olehnya dengan kata-kata ugutan dan bentakan. Hal ini menjadi bukti jin ketika menjelma secara sedar, hakiki@musyahadah di depan manusia, dialog boleh berlaku, tanpa dalam mimpi atau memasuki jasad manusia terlebih dahulu. Jika ada perawat yang sering melalui pengalaman seperti ini, bolehlah berkongsi di sini.
Jangan ingat cuma jin syaitan sahaja, jin muslim dan beriman pun boleh berbuat sedemikian.
-drAbdy 19.4.24