Take care of our kidney guys
Selamatkan Buah pinggang kita. (c&p)
Tulisan: Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.
Assalamualaikum saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kidney fighter semua…Take care of our own kidney.
Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain-lain lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dalam senarai ini.
Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yang mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba-lumba lah syarikat-syarikat pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yang berkaitan untuk datang ‘melabur’ di Malaysia sebab amat lumayan.
Rakyat Malaysia dianggap sebagai ‘lubuk’ untuk pelaburan yang sangat menguntungkan ini.
Persoalan di sini…
Kenapa orang Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ ‘vulnerable’ untuk dapat sakit buah pinggang?
Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dapat jawapan untuk soalan ini.
Jawapannya…PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.
Ya… pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber ‘ANIMAL PROTEIN’.
Setiap hari kita makan 3 kali sehari… dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.
Akibat daripada tiga hidangan ‘Animal Protein’ setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya ‘malas’ nak kerja kerana bertahun-tahun dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yang sangat ditakuti oleh kita semua iaitu… “buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT”.
Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.
Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara untuk elak jadi ‘bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini’ iaitu:
1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.
2. Kawal pengambilan protein haiwan.
Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?
Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:
- Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
- Tukar beras putih kepada beras perang.
- Tukar gula putih kepada ‘coconut sugar’. ‘Coconut sugar’ DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Enau@Kabung).
Kurangkan beban kidney dengan:
- KURANGKAN MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.
- Jangan sesekali minum air sejuk pagi-pagi dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.
- Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yang majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.
Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:
- Kerap tahan kencing.
- Kurang minum air.
- Suka makan makanan masin.
- Suka minum minuman bergas.
- Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
- Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)
- Kerap makan pil tahan sakit.
- Obesiti.
- Alkohol.
- Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.
KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW.
Buah pinggang kita amanah Allah. Jangan jadikan kita sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.
Mengapa Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk tidak minum sambil berdiri? Dapam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yang dipanggil sebagai penyaring Sfringer
Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum tentu 100% disteril untuk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang dapat menyebabkan penyakit buah pinggang.
Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah SAW pasti bermanfaat bg umatnya.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina
Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share mesej ini mungkin ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut. Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi ‘bahan pulangan pelaburan sykt asing’.
Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat.
Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.
Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.
Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.
👉 THE CHOICE IS YOURS
👉 SETIAP SHARING BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA RAKAN-RAKAN.
👉 SETIAP SHARING AKAN ALLAH BERIKAN GANJARAN
Wallahu’alamin

