Benarkah jin takutkan laungan azan?

Ramai perawat yang melaungkan azan untuk menghalau jin syaitan dari menduduki sesebuah premis atau rumah. Dikatakan syaitan akan lari dan keluar kerana mendengar azan. Memang ya namun kenapa ada yang tidak lari seolah-olah azan tidak memberi sebarang kesan?. Kenapa berlaku demikian?. Ada dua sebab; pertama syaitan yang pintar akan menutup pendengarannya dari mendengar azan. Jin juga ada telinga dan sistem pendengaran cuma tidak sama dengan telinga manusia, bahkan pendengaran jin boleh menjangkau jarak yang lebih jauh berbanding manusia. Jin juga boleh mendengar dalam kadar kebisingan yang tinggi (ukuran db) sehingga serendah-rendahnya di bawah 20 hz. Justeru itu bunyi azan boleh dielakkan.

Kedua, jin akan cepat-cepat lari bila kedengaran azan sepantas ultraman taro dan akan kembali setelah azan selesai dilaungkan. Sebab itu perawat kena ikat atau tambat dulu jin-jin yang ada di situ sebelum azan dilaungkan, agar dengan itu jin akan terperangkap macam cacing kepanasan.

Sudah menjadi kelaziman jin syaitan berkeliaran di sekitar masjid dan surau seolah-olah tidak takut dan tidak kisah dengan suara azan berkumandang lima kali sehari. Jin mengaku kawasan masjid menjadi lokasi popular untuk menggoda ahli jemaah dan meniupkan bisikan jahat untuk melekakan manusia dan menghilangkan kekhusyukan mereka beribadat. Mujulah terdapat jin-jin Islam yang akan menghambat jin-jin kafir dari menghampiri masjid namun bilangan mereka terlalu kecil berbanding jin kafir. Itu belum lagi dikira jin yang berfahaman liberalism dan pluralism yang sungguh jahat dan licik.

Kesimpulannya jin syaitan tidak menyukai kalimah Allah khususnya kalimah syahadatayn di dalam lafaz azan. Justeru itu umat Islam disunatkan azan dan iqamah dan ditiup lembut ke kedua belah telinga bayi sebaik-baik sahaja dilahirkan dan setelah dibersihkan, kenapa?. Ikuti coretan selepas ini berhubung kepentingan azan dan iqamah, tahnik dan mencukur rambur bayi yang baru keluar dari rahim ibunya. Ini penting kerana tanpa melakukan sunnah tersebut, banyak kemudaratan boleh berlaku, antaranya mudah terkena gangguan jin syaitan, mendapat pelbagai penyakit fizikal dan menyumbang kepada kemerosotan kesihatan mental. Jadi sayangilah bayi anda dengan mengamalkan sunnah Nabi saw.
Sekian.

Dr Abdy
9.3.24