Kisah pelita ajaib

Seorang lelaki berjalan-jalan santai di sebuah pantai.

Beliau ternampak sebuah lampu pelita kuno yang terdampar di atas pasir.

Terpengaruh dengan cerita fiksyen yang selalu ditontonnya, lelaki itu mengambil pelita itu dan menggosoknya itu dengan penuh harapan.

Keluar dari muncung pelita itu deruan asap yang berubah bentuk menjadi seekor jin yang bertopengkan wajah manusia.

Jin itu menundukkan kepalanya sambil berkata;

“Wahai manusia, kerana engkau telah bantu aku keluar dari terkurung dalam pelita ini, maka aku akan tunaikan tiga permintaan engkau.

Nyatakan apa sahaja yang kau mahu, aku berkuasa jadikan ia kenyataan!.”

Teruja, lelaki itu mula ligat berfikir apa yang dia mahukan.

Tiba-tiba dahinya berkerut.

Beliau memandang jin tersebut sambil berkata;

“Ah sudahlah! Kau nak keluar dari pelita ni pun aku yang kena tolong, ada hati nak claim kau ada kuasa. Nampak sangat scammer”.

Lelaki itu mencampakkan pelita itu dan berlalu pergi.

Jin tersebut kerana berasa malu, masuk kembali ke dalam pelita tersebut sambil berharap tiada orang lain yang akan menggosoknya…

Ukurlah kemampuan diri sendiri sebelum hendak bantu orang lain. – Mazlan Mohamad fb

Moral: jangan terlalu mudah percaya dengan tipudaya jin dan syaitan. Jaga aqidah jangan syirikkan Allah.