Ramai tak tahu ini teknik perawat uji pesakit pura-pura kerasukan
Tahukah anda salah satu cara nak tahu pesakit itu mengalami gangguan sebenar atau berpura-pura sahaja adalah dengan cara menggeleteknya. Pesakit gangguan yang sedang merasuk tidak akan merasa geli apa-apa bila digeletek ternasuk digeletek ramai-ramai oleh perawat. Begitu juga jika ingin mengetahui pesakit itu dah sedar atau belum dari gangguan dengan cara menggeleteknya.
sesiapa yang ingin cuba petua ini, cubalah dan tengok hasilnya. Kawasan mana pada tubuh yang paling geli bagi seseorang mungkin berbeza, namun setiap orang tentu ada point atau area yang dia paling geli jika disentuh atau digeletek. Apapun buatlah jika hanya ada keperluan untuk berbuat demikian, namun harus berwaspada kerana jika tersilap anda akan dikejar umpama Pak Mat dikejar parang puting. Sekian.
– Dr Abdy 6.3.2024

