Pesakit ingin bunuh diri peranan perawat bagaimana?
Ramai perawat yang pernah berhadapan dengan kes seseorang yang ingin membunuh diri dengan menaiki bangunan atau tempat tinggi atau terjun dari jambatan atau terjun sungai dan lombong dan lain-lain. Tdak kurang yang mengambil tindakan menggantung diri atau meminum racun atau memotong urat nadi di lengan. Mereka lalu berkelakuan seperti ingin terjun atau membunuh diri.
Ada juga yang sekadar acah-acah untuk menarik perhatian orang setelah gagal berdepan dengan masalah hidup, beban kewangan, hutang, dikejar ahlong, putus cinta, buah hati dikebas orang dan lain-lain. Terdapat juga kes pesakit mental kronik dan juga kerana bisikan syaitan dan iblis serta hakusinasi.
Bila berhadapan kes seperti itu hendaklah hubungi pihak bomba, Polis, Jabatan Pertahanan Awam dan lain-lain.
Dalam kes-kes tertentu ada juga pengamal perubatan Islam dipanggil untuk membantu. Namun tidak semua perawat Islam terdidik dan mahir dalam menangani kes yang mencemaskan seperti itu. Jangan pandai-pandai mencuba jika perawat itu tidak memahami pendekatan yang perlu diambil kerana setiap kes ada latar belakang yang berbeza dan langkah menanganinya juga berbeza. Perawat yang pernah terlatih dan mendapat pendidikan dalam bidang kaunseling
, spirituak dan psikologi sosial ada kelebihan di sini.
Antara prosedur yang boleh dilakukan ialah:
- Guna pelbagai pendekatan menerusi verbal dan jangan terus menyalahknnya atas tindakannya yang mencemaskan orang lain.
- Jangan berbicara dengan nada seperti mengugut, mendesak atau menyifatkannya melakukan kerja keji dan berdosa besar.
- Jangan hampirinya secara ramai-ramai, cukup berdepan seorang sama seorang.
- Pastikan dia merasa selesa dan nyaman dengan kehadiran perawat, sebagai seorang rakan, bukan sebagai perawat.
- Fahami luahan gelodak jiwanya, jangan mngherdik dan bercakap banyak dengan bahasa leteran atau membebel.
- Elakkan menggguna pembesar suara atau atau hailer sebaliknya guna nada yang lembut, santai dan empati.
- Jadilah pendengar yang baik dan mengiyakan setiap luahan emosi yang dilontar dan jangan menangkis atau membantah kata-katanya.
- Cuba penuhi permintaan terakhirnya dan tawarkan apa-apa bantuan yang difikirkan dia perlu.
- Jika ada kesempatan hampirinya perlahan2 tapi jangan terburu-buru dan terlaku rapat.
- Beri dia ruang masa untuk berfikir akan implikasi yang bakal terjadi berlaku kepadavisteri, anak-anak dan keluarganya.
- Jangan bersyarah pasal dosa pahala dan syurga neraka dan yakinkan dia Allah akan sentiasa memaafkan kesalahannya.
- Jika ada kesempatan, tawarkan makanan atau minuman sebelum dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya.
- . Katakan anda juga menghadapi masalah sama dan tunggu kita terjun sama-sama, boleh nangis bersama sebagai satu strategi pujukrayu.
- Gunalah pelbagai pendekatan psikologi dan strategi yan sesuai bergantung pada latarbekalang kes.
- Kehadiran ada mestilah sebagai pengamal rawatan/terapi yang bertauliah dan berautoriti.
- Perbanyakkan berdoa di dalam hati memohon bantuan dan petunjuk Allah swt dan sekali sekala boleh hembus perlahan ke arah wajah orang tersebut. Antaranya وليتلطف ولا يشعرن بكم احدا. (al-Kahfi: ayat 19) dan اللهم لين قلبه كما لينت لداود الحديد
Semoga kita tabah dengan ujian dan tabah pula dalam membantu orang lain yang memerlukan khidmat kita.
Sekian.
Dr Abdy – Ahli Seumur Hidup Persatuan Terapi Psikospiritual Malaysia (PTPM)
dan Ahli GPMM
16.2.24

