Pakar psikiatri, ahli psikologi dan kaunselor ada bezanya

Pakar psikiatri adalah doktor perubatan yang melanjutkan kepakaran dalam bidang psikiatri. Pegawai psikologi tidak semestinya seorang doktor perubatan kecuali dia mendapat kepakaran psikologi maka dia dikenali sebagai ahli psikologi klinikal.

Di samping itu terdapat pelbagai bidang psikologi seoerti psikologi kanak-kanak, psikologi sosial, psikologi persekitara, psikologi sukan, psikologi organisasi dll., Mereka ini bukan terdiri daripada doktor perubatan.

Selain itu siapa pula kaunselor ? Kaunselor ialah seseorang yang memperolehi sekurang2nya ijazah sarjana muda dalam bidang kaunseling dari IPT yang diiktiraf. Untuk menjadi kaunselor berdaftar dia hendaklah menjalani latihan mengikut jumlah jam yang mencukupi, melalui proses temuduga dan peperiksaan khas menurut kehendak Akta 580 (Akta Kaunselor Malaysia 1998) dan mendaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.tanpa tauliah, seseorang kaunselor tidak boleh memberi khidmat kaunseling kepada mana-mana orang.

Bagaimana pula guru kaunseling sekolah? Mereka juga berkelulusan dalam bidang kaunseling namun tidak semua mereka adalah kaunselor berdaftar dan tidak boleh memberi khidmat kaunseling tanpa berdaftar. Apa yang wujud di sekolah ialah Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Kaunselor sekolah memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar/murid menggunakan pendekatan kaunseling, kecuali dia seorang kaunselor berdaftar.

Bolehkah perawat memberi khidmat kaunseling kepada pesakit?. Sudah tentu tidak boleh kecuali dia juga seorang kaunselor berdaftar. Jika tidak perawat boleh didakwa di bawah Akta 580 Akta Kaunselor 1998.

Apa yang boleh perawat lakukan ialah memberi khidmat nasihat dan bimbingan menggunakan pendekatan kaunseling, bukannya memberi sesi kaunseling.

Justeru itu perawat perlu memahami peranan berbeza antara pakar psikiatri, ahli psikologi dan kaunselor. Meskipun tugasnya nampak hampir sama namun skopnya adalah tetap berbeza. Contohnya pakar psikiatri dan ahli psikologi klinikal boleh memberi preskipsi ubat kepada pesakit, namun tidak oleh ahli psikologi bidang lain.

Kekeliruan juga kerap berlaku apabila membincangkan penyakit mental /jiwa ( امراض النفس ) dan penyakit spiritual (امراض الروحى ) yang kedua-duanya berbeza walaupun nampak hampir sama. Bagaimana pula terapi psikospiritual dan siapa boleh memberi khidmat tersebut. Sesiapa saja boleh asalkan dia mendalami bidang psikologi dan spiritual kerana belum ada akta setakat ini yang mengikat. Sekian,

Dr Abdy
16.2.24