Sihir paling tinggi
السحر النارى al-Nari.
Sihir ini adalah sihir tingkat tertinggi dan hanya penyihir yang tertentu sahaja mampu melakukannya. Sihir ini tidak sama dengan sihr al-ma’i, sihr al-Turabi ataupun sihr al-Hawa’i. Apa itu sihr al-Nari?
Sihir ini melihatkan api yang akan membakar apa sahaja khasnya rumah atau premis yang diduduki oleh manusia. Berbanding api yang membakar pokok, api yang menjilat rumah lebih menakutkan sehingga penghuninya mengalami trauma fizikal dan trauma emosi sepanjang hayat. Menerusi sihir api, syaitan akan membakar bahagian tertentu dalam rumah. Contoh tiba-tiba api membakar almari, dipadamkan, lalu terbakar pula langsir, dipadamkan kemudian terbakar pula katil, tilam, kain bahu, ‘aircond’ dan lain-lain silih berganti.
Kisah ini berdasarkan pengalaman sebenar yang saya saksikan sendiri, Selepas itu pendawaian, suis dan peralatan elektrik terbakar pula. Tuan rumah potong bekalan elektrik, wayar dan suis tetap terbakar. Satu ketika bomba dipanggil untuk memadamkan api, setelah selesai dan sejurus jentera bomba beredar dari lokasi, api kembali menyambar.
Ramai bomoh datang membantu baik yang dijemput mahupun datang sukarela turut gagal bahkan ada yang lari lintang pukang disambar api.
Perawat-perawat Islam turut membantu namun api terus membakar bahkan ada sekumpulan perawat yang bermalam 3 malam berturut-turut di situ dengan pelbagai ikhtiar namun api terus menggila.
Sehinggalah rumah tersebut mengalami kebakaran besar yang menghanguskan keseluruhan rumah termasuk sebahagian rumah jiran berdekatan, Yang misteri kenapa hanya sebuah kerusi malas yang tidak disentuh api.
Tidak cukup dengan itu, api seolah2 mengikuti kemana saja keluarga tersebut tinggal. Mereka menumpang sementara di rumah saudara mara, rumah itu pula terbakar lalu menyewa rumah lain. Seperti diduga rumah sewa juga terbakar. Mereka macam pelarian dalam kampung sendiri.
Saya beberapa kali meninjau lokasi tersebut dan brcakap dgn penghuni sebelum itu kira2 beberapa tahun lepas. Kenapa saya tak membantu?. Pertama pesan Almarhum Tuan Guru Haron Din jangan terlalu mudah menawarkan bantuan merawat kecuali depa minta tolong kenalah bantu, kedua depa tak tahu saya perawat lagipun dah ramai perawat dari pelbagai perguruan datang membantu.
Itulah secebis kisah mengenai ااسحر النارى
yang berlaku dalam negara kita. Marilah kita sama2 istiqamah memohon perlindungan Allah swt dari sebarang musibah dan angkara jahat manusia mahupun bukan manusia.
Sadaqallahul Azim,
Dr Abdy
13.2.24

