Seminar ruqyah kendiri
TAMAN TUN DR ISMAIL, 28 OCT: Seminar ruqyah kendiri ini mempunyai objektif yang tersendiri iaitu membina dan memperteguhkan kekuatan rohani (jiwa) dalam diri setiap peserta. Program ini dapat membuka minda peserta supaya sentiasa memantapkan kekuatan rohani melalui pengamalan ibadah-ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah supaya dapat berlindung daripada gangguan makhluk halus. Justeru itu, harapan daripada seminar ini dapat memberi impak positif dalam diri setiap peserta yang sama-sama menyertai seminar ini supaya melahirkan insan yang bersemangat kental dalam merealisasikan misi utama khalifah Allah, yakni berilmu dan beramal kepada Allah Ta’ala. Dengan adanya elemen-elemen peribadi yang lengkap yakni dari segi rohani dan jasmani.






