Ayat asas 4 benteng diri
Pendinding diri atau pelindung diri adalah amalan untuk menghindari atau melindungi diri dan keluarga kita dari gangguan sihir, syaitan, iblis, jin, kejahatan manusia atau musuh, makhluk halus dan sebagainya dengan menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran dalam surah tertentu yang terbukti sangat mujarab.
Amalan pendinding diri ini bukan sahaja diamalkan oleh setiap orang malahan ia juga sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan perubatan dan rawatan Islam yang menghalau jin dan merawat pesakit mereka yang terkena sihir, santau, saka, gangguan syaitan dan banyak lagi.
1- لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. (100×)
(Anbiya:87-Benteng Saka)
2- وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ
Wa hif zon min kulli syaithonnimmarid
(Soffat:7-Benteng Jin)
3- وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا
Waqodimnaa illa maa ‘amiluu min ‘amalin faja’alnaa huhabaa ammansura
(Al Furqan:23-Benteng Santau/ Sihir)
4- إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ
In kullu naf sil lammaa ‘alaihaa haafidz
(At Thoriq:4- Penyerahan diri pada Allah)
Selesai amalan berselawatlah sbg penutup dan berdoa/niat
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terima amalan ini sbg ikhtiar membuang segala yg batil, ikhtiar penyembuhan dan ikhtiar benteng diri dgn izinMu Ya Allah.
Terima juga amalan ini sebagai ikhtihar untuk mencari keredhan Mu dan seterusnya menjadi titik permulaan untuk aku menjadi hambaMu yang bertaqwa dan berserah hanya kepadaMu”.
Panglima Syifa’
Azlan Azman
6.2.2024

